Monday, March 28, 2016

SMKTK & SMKTK2 2016

Tamatnya program kokurikulum silat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara BalikPulau (KKTMBP) 2014 serta penutupan Gelanggang latihan pada tahun 2015 di Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau amat dirasai, mungkin jodoh tidak berpanjangan, Apapun latihan di dua lagi Gelanggang latihan sekolah masih diteruskan dan menjadi misi Gayung Penggerak untuk mendedahkan golongan remaja di sekitar Teluk Kumbar mengenai ilmu persilatan.

1) Gelanggang Latihan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar (SMKTK)
    Guru Penasihat : Cikgu Fadzilah Ismail

2) Gelanggang Latihan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar2 (SMKTK2)
    Guru Penasihat : Cikgu Norlida Omar
SMKTK

SMKTK2


Majlis Anugerah Sijil Penghargaan Gayung Penggerak 2015

Segala aktiviti yang dijalankan pada 2015 telah berjalan dengan jayanya,maka hasil penat lelah ahli PSPSGPPP dihargai dan di raikan di dalam majlis anugerah sijil, turut hadir pada malam tersebut, ADUN Bayan Lepas YB Nordin Ahmad, Ketua Balai Polis Teluk Kumbar Tuan Inspektor Muhammad Kamil , Pegawai KBS Barat Daya, Pengerusi JKKP dan ibubapa pesilat.turut memeriahkan majlis wakil dari DSSMPP .

Karnival Hijrah 2015


Karnival bersempena Maal Hijrah dengan kerjasama Qariah Masjid Maqbul TelukKumbar dan beberapa NGO Islam serta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.