Friday, November 13, 2009

Penghujung Sesi 2009

Sesi terakhir latihan untuk tahun 2009
Perjalanan tahun 2009 semakin hampir ke penghujungnya, Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan pada awal tahun pun banyak yang telah berjaya dilaksanakan. Bagi gelanggang-gelanggang silat yang melibatkan kokurikulum di sekolah bererti sudah sampai masanya untuk gelanggang direhatkan buat seketika bagi memberi peluang kepada ahli yang merupakan pelajar untuk berehat dan bercuti...berakhirnya sesi latihan untuk tahun 2009 bukanlah beerti telah tamatnya didalam pejuangan mencari ilmu.Malah ia merupakan titik permulaan bagi mencari sesuatu yang baru. Insyaallah kelas latihan akan disambung kembali awal Januari tahun 2010. Kepada yang telah tamat sesi persekolahan bagi darjah 6 yang akan ke tingkatan 1, Tingkatan 3 yang akan bertukar sekolah tahun hadapan ataupun yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi, haruslah diletakkan matlamat ke mana arah tujuan kita nanti.

Pesilat SPSGP gelanggang kongsi yang berjaya di dalam ujian kemahiran

Mengimbas kembali sejarah pembukaan gelanggang di Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau, ianya merupakan satu perkembangan awal kepada SPSGP. Ianya bermula hasil dari inisiatif Cikgu Aidil yang merupakan ahli SPSGP yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kongsi. Gelanggang dibuka awal 2008 dengan keahlian 30 orang ahli sahaja. Hasil usaha dan kesungguhan ahli dan jurulatih terlibat serta aktivti menarik yang telah dijalankan telah berjaya menarik 80 orang ahli baru untuk sesi 2009. Namun dari jumlah tersebut hanya 20 orang sahaja yang berjaya mendapatkan sijil kemahiran SPSGP. Ujian yang telah dijalankan pada bulan oktober yang lalu berjaya dilalui oleh semua pesilat SPSGP gelanggang Kongsi. Pada 13 November 2009 satu majis ringkas penyampaian sijil telah diadakan diperkarangan sekolah. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Azizah sebagai penyelaras Kokurikulum sekolah yang mengambil berat tentang perkembangan silat di sekolah. Syabas dan Tahniah juga diucapkan pada yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik ataupun yang tidak berkesempatan boleh melakukannya di tahun hadapan.

Tuesday, October 13, 2009

1 Silat - Unity in Diversity

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Nadzrin Wahab dari SMC(Silat Melayu Community)kerana menyenaraikan kami di dalam senarai Silat utk video "1Silat-Unity in Diversity"


Monday, October 5, 2009

Jamuan Raya 2009

hadirin yang sedang menjamu selera

Pada 3 oktober 2009 bersamaan 14 syawal 1430h yang lalu, satu majlis Rumah terbuka Gayung Penggerak telah diadakan, Majlis tersebut diadakan di rumah guru utama Pak Guru Hashim Ahmad. Majlis tersebut merupakan acara tahunan bagi pihak perguruan SPSGP.

Cikgu Anuar bersalaman dengan Pak Guru Hashim

Antara objektif majlis adalah menghimpunkan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama supaya dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli dan ahli dapat mengenali sesama sendiri.

Jamuan sebelah malam

Pada sebelah malam pula dijalankan majlis ijazah ahli baru. Antara yang menjadi ahli baru pada malam itu adalah anak-anak orang lama Gayung Penggerak (ahli tahun 1980-an). 2 generasi menyambung legasi perjuangan di dalam ilmu persilatan gayung penggerak. dengan itu juga semua gelanggang Gayung Penggerak akan memulakan latihan seperti biasa selepas 2 minggu berehat memberi laluan kepada sambutan Aidilfitri.

Majlis ijazah

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari pihak perguruan SPSGP kepada semua ahli dan warga Silat sedunia....

Sunday, August 16, 2009

Hari Kantin SMKTK2

Bergambar bersama guru utama selepas persembahan

15 August 2009 merupakan minggu-minggu terakhir untuk segala urusan latihan dan demonstrasi silat bagi SPSGP, kerana tidak lama lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan penuh rahmat iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Seperti kebiasaannya, setiap tahun SPSGP akan berehat dari segala aktiviti persilatan sebagai tanda menghormati bulan ramadhan dan memudahkan ahli untuk membuat amal ibadat. Latihan selalunya akan disambung kembali 2 minggu selepas Hari Raya.

Maka dikesempatan itu SPSGP telah mengambil peluang untuk mengadakan demonstrasi terakhir sebelum berehat panjang. Persembahan silat tersebut merupakan jemputan dari Pihak Sekolah Men. Keb. Teluk Kumbar 2 bersempena hari Kantin sekolah. Walaupun kebanyakkan sekolah rendah di sini ditutup sebagai langkah mengawal penyakit H1N1, sambutan pelawat yang hadir pada hari tersebut amat menggalakan.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa, diikuti oleh ucapan Pengetua Sekolah. Selepas acara perasmian, persembahan dimulakan dengan persembahan dari persatuan Taekwondo Sekolah. Persembahan dijalankan oleh 6 orang peserta Taekwondo. Tamat taekwondo maka giliran silat mengambil alih persembahan.

Persembahan dimulakan dengan tari buka gelanggang oleh Cikgu Fazli, kemudiannya di ikuti dengan tari bunga sembah perguruan oleh semua ahli terlibat. Seramai 50 orang ahli terlibat di dalam persembahan tersebut. Tamat bunga sembah, para pesilat menunjukkan beberapa langkah gerakkan asas Gayung Penggerak yang terdiri dari gerak menumbuk siku dan sebagainya. Persembahan asas diakhiri dengan langkah tapak Jurus17.

Dalam persembahan buah jatuh, 4 kaedah buah jatuh Gayung Penggerak dipamerkan iaitu buah terbang, buah sorong, buah sauk dan buah gantung. Selesai kaedah buah jatuh pesilat membentuk formasi ladam Kuda sebagai pagar untuk persembahan tempur.

Persembahan dimulakan oleh Cikgu Fazli berpasangan dengan Safarul untuk persembahan Silat pulut ataupun Silat Jatuh. Persembahan kemudiannya di ikuti dengan persembahan senjata utama perguruan iaitu Jurus tekpi dan tempur tekpi di ketuai oleh Azahari(Ari) dan pesilat dari gelanggang utama.Langkahan seterusnya di teruskan pula oleh Nasrun dan Syafiq untuk persembahan kayu selengan.

Untuk teknik rotan panjang ataupun tembung beberapa kaedah buah jatuh ditunjukkan oleh Izat dan Hazuan. Menyusuri persembahan seterusnya, Tari keris pula dipertontonkan oleh Kamal dan Redza(Chot). persembahan tempur dan diselangselikan dengan gerakan tari berjaya menarik perhatian penonton. Persembahan pada hari tersebut diakhiri dengan tempur parang oleh Izhar yang berpasangan dengan Mat. Gerakan yang pantas dan aksi-aksi yang merbahaya menyebabkan ada penonton yang merasa gerun untuk menyaksikan persembahan.

Persembahan ditutup dengan acara tari sembah tutup gelanggang oleh semua ahli yang terlibat. Sebagai salah satu daripada badan kokurikulum sekolah, pihak SPSGP juga turut mengadakan satu pameran senjata dan beladiri, Pameran senjata tersebut merupakan koleksi senjata yang dihimpunkan oleh Guru Utama Pak guru Hashim Ahmad. Hampir 200 bilah senjata dipamerkan di antaranya keris,parang,golok,sundang,badik,tombak, dan banyak lagi.

Sebahagian keris di bilik pameran

Keris Adat Gayung Penggerak

sebahagian lagi keris di sudut yang lain

turut dipamerkan satu set Gendang silat, peralatan latihan silat olahraga dan juga demonstrasi mendirikan keris. Acara pada hari tersebut selesai pada pukul 3 petang.

Set Gendang Silat

Demonstrasi Keris berdiri

Alhamdullilah segala yang dirancang telah berjalan dengan baik dari mula hingga akhir.Kepada semua ahli yang terlibat secara langsung ataupun disebalik tabir di dalam acara persembahan silat dan pameran senjata pihak perguruan mengucapkan jutaan terima kasih.

Semoga jumpa lagi dan selamat berpuasa kepada semua..

Monday, June 29, 2009

Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009



Pada 22-27 Jun 2009 yang lalu, sekali lagi komuniti silat Pulau Pinang berhimpun dan berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang terletak di Simpang Ampat Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Perhimpunan kali ini adalah bersempena kejohanan silat Sekolah-sekolah Seluruh Pulau Pinang, Kejohanan yang berlangsung hampir seminggu itu dibahagikan kepada 2 acara iaitu Silat Olahraga (Tanding) dan Silat Seni. Kejohanan juga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.

Bagi silat olahraga pertandingan dibahagikan mengikut kelas berat. 6 kelas dipertandingkan iaitu Putera A, Putera B, Putera C, Puteri A, Puteri B & Puteri C. Bagi silat Seni antara acara yang dipertandingkan ialah Tari Silat, Tempur Silat. Seperti tahun-tahun sebelumnya kejohanan kali ini dianjurkan dengan kerjasama PESAKA Pulau Pinang & JPN Pulau Pinang.

Kejohanan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Tari adab buka gelanggang oleh Wasit/guru bertugas.

Buka gelanggang dari guru bertugas


Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak (SPSGP)



Tahun ini merupakan kemunculan sulung SPSGP di dalam pertandingan silat-silat sekolah, Pasukan SPSGP disertai oleh ahli dari Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau (SKKBP) untuk kategori sekolah Rendah dan ahli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar2 (SMKTK2) untuk kategori Sekolah menengah. Walaupun kedua-dua sekolah tersebut lewat menerima jemputan untuk pertandingan (pihak perguruan hanya dimaklumkan 5 hari sebelum pertandingan) pihak perguruan cuba sedaya upaya mempersiapkan pesilat yang dapat memberi tentangan kepada peserta-peserta lain.

Aksi Silat Tempur Putera SPSGP dari SMKTK2

Bagi kategori Silat Seni SPSGP hanya menyertai tempur Silat putera (Sek. Men.) Tempur silat Putera & puteri (sek. Ren), disebabkan kesuntukan masa penyertaan kali ini lebih kepada pendedahan dan pengalaman kepada ahli. Sesetengah sekolah telah menjalani latihan lebih daripada 2 bulan.


Pesilat SPSGP bersedia untuk perlawanan pertama

Bagi kategori silat olahraga untuk tahun ini SPSGP menyertai 4 daripada 6 kategori yang dipertandingkan. Kelas kategori yang disertai adalah Putera A&B dan Puteri B&C. Apapun ianya merupakan permulaan yang baik untuk SPSGP bagi silat olahraga apabila Kelas Putera B layak ke saringan kedua dan kedua-dua pesilat wanita berjaya ke suku akhir. Namun apa yang paling mengembirakan pihak SPSGP apabila berjaya melahirkan seorang Juara dalam kategori Putera A . Perjalanan ahli SPSGP menjadi Johan ini setelah:-
  • menewaskan SMK Westland (Saringan 1) kiraan mata 5-0,
  • menewaskan SMK Widuri (Suku akhir) kiraan mata 3-2,
  • menewaskan SMT Balik Pulau (Separuh Akhir) TKO pusingan 2
  • menewaskan SMK Pokok Sena (Akhir) kiraan mata 4-1.

Walaubagaimanapun kemenangan ini akan menjadi kenangan yang indah untuk Zulhilmi bin Jaafar (Johan Putera Kelas A Silat olahraga) apabila segala penat lelah kerana terpaksa bekerja keras menurunkan berat badan sebanyak 2kg ketika pagi pendaftaran akhirnya berbaloi.. Pesilat dari SPSGP ini akan mewakili Pulau Pinang untuk pertandingan peringkat Kebangsaan pada bulan ogos 2009 di Kuala Lumpur.


Johan Kelas Putera A

Majlis Penyampaian hadiah & Perasmian penutup pertandingan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebelum upacara penutup hadirin disajikan dengan persembahan tarian dari pelajar sekolah Mutiara Impian, Demo dari Silat Pusaka Gayong Malaysia dan acara tutup gelanggang oleh Wasit/guru bertugas


Pak Guru Hashim Ahmad bersama Zulhilmi Jaafar

Bagi pihak perguruan kami mengucapkan syabas kepada semua pesilat yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang kejohanan, kepada ahli-ahli dan penyokong SPSGP jutaan terima kasih kami ucapakan dan kepada pihak penganjur terima kasih dan pohon kemaafan sekiranya terlanjur kata...semoga jumpa lagi di tahun hadapan.

Thursday, April 30, 2009

Demo di Padang awam Kongsi Balik Pulau

Pada Sabtu 25 April pihak SPSGP telah diberi tugasan oleh pihak sekolah untuk membuat persembahan silat bersempena Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kongsi. Persembahan dilakukan pada waktu rehat pada hari tersebut, pada hari tersebut juga Persatuan Taekwondo ITF sekolah turut diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Persembahan Taekwondo diadakan selepas tamat demo silat. Persembahan hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang ensiden dari kedua-dua persatuan. Semoga persatuan beladiri terus mendapat sokongan dari pihak pelajar dan pihak sekolah.

menerima arahan akhir sebelum membuat persembahan

buka gelanggang oleh cikgu Fazli

gerakan asas tumbuk setempat Kaedah buah jatuh 1

Kaeadah buah jatuh 2

Tempur bebas berpasangan

demo selengan dari gelanggang utama

Demo kuncian tekpi 1

demo kuncian tekpi 2

demo kuncian tekpi 3


Taekwondo ITF

Asas tumbuk taekwondo

SPSGP Gelanggang Kongsi