Sunday, May 26, 2013

Kejohanan Pencak Silat Kelayakan Sekolah ASEAN 2013



Pada 18-20 Mac yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Badar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan telah berlangsung pemilihan pesilat untuk mewakili Malaysia bagi negeri Pulau Pinang untuk kejohanan Sekolah ASEAN. pemenang akan keperingkat kebangsaan dan di pilih sekali lagi untuk mewakili negara. Kejohanan kali ini menggunakan format antarabangsa (SUKMA/SEAGAMES)yang berbeza dengan kejohanan yang dianjurkan oleh JPN selama ini. maka terdapat sedikit kekeliruan dikalangan jurulatih dan pihak sekolah, antaranya pesilat mempamerkan format Tari silat (solo) untuk kategori Jurus Tunggal, Pesilat tidak menggunakan 3 senjata didalam tempur putera/puteri. Apapun Gayung Penggerak tidak melihat ianya sebagai halangan besar kerana SPSGP lebih menumpukan kepada Kategori Tanding (Silat Olahraga). kejohananan kali ini menghadkan umur 14-17 tahun sahaja.SPSGP diwakili oleh SMK Telok Kumbar & SMK Teluk Kumbar2.

Pada kejohanan kali ini SPSGP berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 perak, 2 gangsa. Pemenang pingat emas dipilih ke peringkat kebangsaan manakala pingat perak dipanggil untuk latihan pemilihan pesilat SUKMA Pulau Pinang. Sekolah Dato Haji Mohamad Nor Ahmad (DHMNA) menjadi kuasa besar silat olahraga apabila pesilat mereka memperoleh banyak pingat emas.


Pada kejohanan peringkat kebangsaan Amir Asyraf dari SMK Telok Kumbar mewakili kelas E Putera telah melangkah hingga ke suku akhir namun tewas kepada pesilat Pahang, antara faktor kekalahan adalah disebabkan oleh kekurangan pengalaman di peringkat kebangsaan, Pesilat Pahang tersebut telah 3tahun menyertai kejohanan ini dan telah sebulan menyertai latihan pusat peringkat negeri sebelum kejohanan kebangsaan, manakala pesilat Pulau Pinang yg lain semuanya tewas diperingkat awal dan Pesilat dari Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan dalam keadaan yang masih cedera disebabkan kejohanan Negeri berlangsung 5 hari sebelum kejohanan kebangsaan. diharap pihak pengajur peka dengan masalah ini dan dapat membuat persediaan yang lebih rapi tahun hadapan.

Friday, May 24, 2013

Gelanggang SPSGP 2013

Gelanggang SPSGP untuk tahun 2013  dengan keahlian hampir 200 orang.
1.Gelanggang Utama SPSGP
- Guru Utama Ayahanda Hashim Ahmad
-Cikgu Fazli Hashim

2.Gelanggang SKKongsi
Penasihat
CikguAzizah & Ustaz Azlan

3. Gelanggang SMK Teluk Kumbar 2
Penasihat
Cikgu Norimah & Cikgu Amalia

4. Gelanggang SMK Telok Kumbar
Penasihat
Cikgu Safarina & Cikgu Mazuki