Friday, July 20, 2012

Keris berdiri

Keris berdiri masih menjadi pendebatan hangat dikalangan ilmuan, agamawan dan para pesilat tidak ketinggalan juga peminat alam mistik. menyedari hal ini penerangan perlu dilakukan dikalangan pesilat muda agar tidak terpengaruh dan dapat berhujah dengan ilmu, bukan emosi, sekiranya hal ini dibangkitkan. Masih ramai percaya keris mengandungi kuasa mistik seperti dampingan dan khadam. ya alam keris tidak dapat lari dari perkara tersebut. dengan hanya memanggil nama ataupun berzikir keris akan bangun tegak dengan sendiri. Tetapi dari segi seni pembuatan keris yang terbaik, paksi simetri keris yang sempurna dan seimbang dapat dibentuk oleh pandai besi dan dapat ditegakkan dengan bantuan sarung. Ahli SKKongsi diberi peluang untuk mencuba sendiri mendirikan keris dengan tenik imbangan dan fokus diri, maka tanpa zikir ataupun bantuan jin, keris tetap akan dapat berdiri dengan izin Allah.
hasil latihan sendiri

fokus dan kesabaran penting

bersama keris yang ditegakkan

kucupan keris pewaris silat melayu 
maka dapatlah dikatakan tidak semua yang berlaku itu dengan bantuan jin & khadam. sekiranya dapat mengetahui teknik dan cara, maka semua dapat dilakukan, kun faya kun.

Sukan SMKTK2 2012

Pada 23 Jun 2012, SPSGP melalui wakil pesilat sekolah telah dijemput untuk mengadakan persembahan pembukaan/perasmian majlis sukan tahunan sekolah SMKTK2. persembahan dimulakan dengan sembah perguruan hinggalah ke tempur senjata, terima kasih kepada semua yang terlibat.
mendengar taklimat sebelum demo

bersedia masuk

terima kasih kepada yang terlibat

Ijazah ahli baru SKKongsi 2012

Pada 19 April 2012, SPSGP telah mengadakan Majlis ijazah ahli baru, seramai 50 orang telah hadir. Majoriti ahli SKKongsi ini adalah dari ahli lelaki, majlis dimulakan dengan penerangan upacara oleh cikgu Fazli dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Guru Utama, Pak Guru Hashim Ahmad. Sedikit jamuan juga diadakan.
Ijazah ahli lelaki


menanti diijazahkan

Ahli perempuan SKKongsi

Thursday, July 19, 2012

Ijazah Ahli Baru SMKTK2

Pada 18 April 2012, SPSGP telah mengadakan Majlis ijazah ahli baru, seramai 30 orang telah hadir. Majoriti kali ini adalah dari ahli perempuan, majlis dimulakan dengan penerangan oleh cikgu Fazli dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Guru Utama, Pak Guru Hashim Ahmad.



Menanti giliran diijazahkan

Antara ahli lelaki yang menyertai SPSGP

ijazah ahli perempuan