Sunday, January 22, 2012

Mas & Dafi

Bertempat di Taman Markisah, Bukit Tengah, Bukit Mertajam.. GayungPenggerak dengan skuad seramai10 orang telah hadir untuk mempersembahkan persembahan dan sambutan untuk kedua mempelai iaitu Masliza binti Ahmad dan pasangannya Mohamad Hadafi Bin Fadzil.

Cikgu Fazli & Cikgu Mi memimpin persembahan

Pasangan Mas & Dafi

rehat-rehat menanti persembahan

Pohon keizinan dari raja sehari

bunga sembah

Buah jatuh

Tempur tangan kosong

pukulan tekpi


tutup gelanggang

ahli demo untuk kali ini bergambar kenangan

.

Friday, November 11, 2011

Penyampaian sijil SKK 2011

Hari ini 10/11/11 merupakan latihan terakhir untuk tahun ini di SKK semoga berjumpa lagi tahun hadapan, selain dari latihan satu majlis ringkas penyampaian sijil turut berlangsung, seramai 4 pelajar mendapat asas tahap 3, 3 pelajar mendapat asas tahap 2 dan selebihnya asas tahap 1.
latihan akhir sebelum gelanggang latihan bercuti 3 bulan


sebahagian yang berjaya didalam ujian kemahiran 2011

Thursday, November 3, 2011

Ujian Kemahiran SKKongsi 2011

Ujian kefahaman mengenai sejarah, adat, adab, organisasi perguruan
langkah dan gerak diambil markah
tekun menjawab soalan

duduk sembah panglima

elak tepis dalam
Pada 27 & 28 Oktober 2011 telah berlangsungnya ujian kemahiran untuk semua ahli SKKongsi, ujian meliputi kemahiran kefahaman dan ujian fizikal...

Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua ahli SPSGP, komuniti silat di malaysia dan juga umat Islam seluruh Dunia...

Thursday, August 18, 2011

Majlis berbuka puasa


Sudah separuh Ramadhan berlalu meninggalkan kita, selain memperbanyakkan amal ibadat , apakah aktiviti lagi yang dapat dilakukan oleh masyarakat silat, dengan tujuan untuk mengeratkan ikatan SILATulrahim di antara ahli , ahli SPSGP dari gelanggang Kg.Masjid Teluk Kumbar telah pun bersetuju untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama Pak Guru Hashim pada 13 Ogos yang lalu.


sebahagian ahli yang hadir


bersama-sama menikmati juadah dan hidangan
Juadah yang disediakan

Monday, July 11, 2011

Sambutan Hari Guru SMKTK2 2011

Pada 6 Julai 2011 yang lalu SMKTK2 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. SPSGP telah diberi ruang untuk membuat persembahan sempena sambutan tersebut, seramai 8 orang ahli SPSGP SMKTK2 telah terpilih untuk melakukan persembahan pada hari tersebut,

Serikandi SPSGP

Persembahan Tari keris dan tempur keris dipersembahkan pada hari tersebut


Barisan pesilat yang terlibat pada hari tersebut



Friday, May 27, 2011

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011

Pada 24 & 25 Mei 2011 bertempat di Dewan Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, komuniti silat Pulau Pinang sekali lagi berhimpun untuk menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pertandingan yang dijalankan itu di anjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan PESAKA negeri Pulau Pinang. Juara Keseluruhan untuk kategori sekolah menengah adalah Sekolah Menegah Guar Perahu, dibawah pimpinan Cikgu Elias, manakala bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh sekolah Kebagsaan Balik Pulau. Walaupun kejohanan ini di maklumkan dalam waktu yang singkat, hampir 20 buah sekolah menyertainya. Juara dari kejohanan ini akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di Sarawak. Hanya kategori Silat seni sahaja yang dipertandingkan untuk kejohanan kali ini.


Dewan Pertandingan Kejohanan

Barisan Juri dan Penganjur Kejohanan


SK Kongsi Johan Seni Tari Putera & Naib Johan Tari Tempur Putera sekolah Rendah


Arief Bakri akan mewakili Pulau Pinang didalam Seni Tari Putera


Trofi kejohanan


SMK Teluk Kumbar 2 & SK Kongsi


SK Balik Pulau Juara keseluruhan sekolah Rendah


Tari buka gelanggang dari Juri bertugas


Tari tutup gelanggang dari guru utama Silat Melayu Asli




menanti giliran persembahan

persembahan penutup SMK Guar Perahu dari Seni Gayong Malaysia


Johan Seni Tari Putera Sekolah rendah




SMK Teluk Kumbar tempat ketiga jurus wajib lelaki

Saturday, April 9, 2011

Ijazah April 2011

Pada malam 8 April 2011 satu lagi majlis penerimaan ahli baru telah diadakan dirumah guru utama.
Pada malam tersebut juga ahli diberi peluang melihat koleksi keris Pak Guru Hashim Ahmad.


Sebahagian ahli baru memulakan latihan sebaik sahaja selesai majlis ijazah.

Tuesday, March 15, 2011

Diana & Helmi





Pada 12 Mac 2011 telah berlangsungnya perkahwinan di antara Saudara Helmi & Isterinya Diana, dengan berbesar hati SPSGP telah mengadakan persembahan silat pengantin kepada kedua-dua mempelai. Persembahan di tarikan oleh dua gurulatih muda SPSGP iaitu guru muda Redza & guru muda Safarul.



Thursday, March 3, 2011

Gotong-royong & Ijazah Januari 2011

Pada 29 Januari 2011 yang lalu satu majlis gotong royong membersih dan membaik pulih gelanggang telah diadakan.Terima kasih diucapkan kepada semua ahli SPSGP yang hadir.

membetulkan pagar gelanggang antara yang dilakukan pada hari tersebut

Pada sebelah malamnya pula satu majlis pengambilan ahli baru telah diadakan, majlis ini lebih kepada pengijazahan ahli baru SPSGP dari gelanggang SPSGP Kg. Masjid.

sebahagian ahli selepas selesai majlis.

Latihan SMKTK2

Latihan silat di SMKTK2 telah berjalan seperti biasa setiap Sabtu jam 8pagi-10pagi. Terdapat pertambahan ahli baru dikalangan pelajar perempuan, Dengan bantuan Cikgu Noor Amalia sebagai guru penasihat yang baru, diharap SPSGP SMKTK2 akan suksess untuk tahun 2011.

Kakak senior SPSGP bersama ahli baru

Sebahagian ahli yang hadir mendengar taklimat dari guru bertugas

Saturday, February 26, 2011

Malaysia vs Turki

Pada 29 Jan 2011 SPSGP telah dijemput untuk menyerikan lagi sambutan Raja Sehari di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas. Perkahwinan diantara seorang Puteri dari Malaysia dan seorang Putera dari Turki. Persembahan hari tersebut turut juga diiringi oleh Gendang Silat Gayung Patani diketuai oleh Pak Mail Gendang dari Sik, Kedah.


Pasangan raja sehari



Sembah Pengantin oleh Pesilat Gayung Penggerak



Persembahan ahli SPSGP


Ahli Gendang Silat Gayung Patani


Ahli SPSGP bergambar kenangan