Thursday, March 5, 2009

Majlis Perdana Ijazah Ahli Baru 2009

Barisan pimpinan Silat Gayung Penggerak



Tanggal 1 Mac 2009, satu majlis beradat telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak, pada tarikh tersebut sebuah majlis Perdana Pengijazahan Ahli Baru telah diadakan. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKTK2 & JPN Pulau Pinang kerana membenarkan majlis tersebut dijalankan. Majlis yang dijalankan dengan penuh adat istiadat perguruan diadakan di Dewan Saujana SMKTK2. Majlis kali ini yang julung-julung kali diadakan, telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran pesilat-pesilat SPSGP dari setiap gelanggang perguruan.


Guru Utama bersalaman dengan ahli SPSGP


Antara pesilat-pesilat SPSGP yang hadir pada hari tersebut ialah pesilat dari Sek. Men. Keb. Teluk Kumbar 1, gelanggang Sek. Men. Keb. Teluk Kumbar2, Sek. Men. Keb. St.George Balik Pulau, Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau dan pesilat dari Gelanggang Utama. Majlis dimulakan dengan ketibaan Guru Utama Pak Guru Hashim Ahmad. Di arak bersama keris adat perguruan ‘Keris Gayungan Gerak Sakti’. Pada pagi tersebut majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Marzuki, Ketua Guru penasihat SPSGP/SMKTK2. Kemudiannya diikuti oleh Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan Ucapan perasmian oleh Guru Utama. Tamat Ucapan dari Guru Utama, sesi penerangan mengenai SPSGP berkenaan sejarah dan adat ijazah ahli baru disampaikan oleh Cikgu Fazli. Selesai majlis penerangan, pesilat dari gelanggang utama mengambil tempat untuk persembahan demo silat.

Sebilangan ahli SPSGP yang hadir

Persembahan pada pagi itu dimulakan dengan tari buka gelanggang oleh Cikgu Fauzi, kemudiannya dikuti dengan persembahan Tari sembah silat pulut oleh Safarul dan Redza. Persembahan kemudiannya diteruskan lagi dengan Tari tempur oleh saudara Kamal berpasangan dengan Azrul. Berakhir persembahan tari silat, pesilat dari gelanggang utama menunjukkan pula kemahiran ketangkasan di dalam kaedah kayu selengan dan serang buah jatuh. Persembahan tempur Pisau dari pesilat senior Izhar dan Rahmat berjaya mendatangkan perasaan gerun dikalangan hadirin yang hadir. Tamat tempur Pisau dikuti pula tempur rotan panjang dan demo pada pagi tersebut diakhiri dengan demo tekpi oleh Cikgu Hafiz dan Cikgu Fauzi.

Persembahan Tari Sembah Silat Pulut


Selesai persembahan silat dari pesilat gelanggang utama majlis diteruskan dengan acara ijazah ahli baru. Setelah menerima amanah dari Guru Utama, amanah ijazah kemudiannya disampaikan oleh Cikgu Anuar , Pak Su Zul, Pak Ngah Ramli, Cikgu Hafiz, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fazli. Selesai sesi ijazah semua pesilat yang hadir menjalankan gerak latihan asas secara beramai-ramai. Dan selepas tari sembah tutup gelanggang semua pesilat bergambar kenangan bersama guru utama. Tamat acara, pesilat dan hadirin yang hadir dijemput ke jamuan makan yang disediakan. Majlis yang bermula 8.00pagi itu tamat pada pukul 11.30pagi. Pihak perguruan mengucapkan jutaan Terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam menjayakan majlis tersebut.




Majlis ijazah oleh para gurulatih SPSGP


Persembahan pukulan buah jatuh



Gerak latihan asas beramai-ramai




Sebahagian ahli baru SPSGP 2009 bergambar kenangan bersama Guru Utama



No comments: