Thursday, May 10, 2012

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2012

Pada 8 & 9 Mei 2012 dengan kerjasama JPNPP dan PESAKA Negeri Pulau Pinang telah berlangsungnya Pertandingan Pencak Silat Sekolah- Sekolah Pulau Pinang. Penganjur telah memilih venue tahun lepas iaitu Dewan Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan sebagai gelanggang pertandingan. Pada Tahun ini sebanyak 33 sekolah telah menyahut cabaran dalam 12 acara yang dipertandingan. Semua acara pertandingan yang dipertandingkan hanyalah dari kategori silat seni, acara silat Olahraga telah dimansuhkan sejak tahun 2010 lagi. Perkara ini sebenarnya merugikan banyak pihak dalam perkembangan silat negara.  Pada Tahun ini penguasaan sekolah menengah masih dimonopoli  oleh kuasa-kuasa besar silat sekolah seperti SMK Guar Perahu & SMK Seberang Jaya, namun percubaan pemecahan monopoli ini cuba dilakukan oleh Sek Men Permatang Tok Labu, SMA Nibong Tebal dan lain-lain sekolah. Walaubagaimanapun pertandingan seimbang dikalangan Sekolah Rendah.
Johan Tari Silat Putera Sekolah Rendah dari Gayung Penggerak
Untuk acara kemuncak pertandingan sudah semestinya Tempur Putera Sekolah Menengah, Acara ini dimenangi oleh SMK Permatang Tok Labu. Juara keseluruhan sekolah menengah dimenangi oleh SMK Seberang Jaya.
Aksi Tempur dari SMK Permatang Tok Labu

 Untuk acara Sekolah Rendah, Tempur lelaki masih dikuasai oleh Sek Keb Balik Pulau. Manakala Tempur Puteri dimenangi oleh Sek Keb Gelugor. Untuk dua acara tersebut Naib Johan disandang oleh Sek Keb Kongsi. Acara Tari Silat Putera pula masih dikuasai oleh Sek Keb Kongsi  untuk dua tahun berturut-turut walaupun menurunkan pesilat pelapis apabila juara tahun lepas menarik diri. Juara Keseluruhan sekolah Rendah dimenangi oleh SK Inderawasih.



Daripada pemerhatian dan langkah tari yang dipersembahkan oleh pesilat-pesilat sekolah dapat dikenali perguruan & pertubuhan silat yang terlibat antaranya Pusaka Gayong, Gayong Malaysia, Melayu Asli, Kuntau Jawa, Gegaran Petani, Gayong Harimau, Gayung Ma’rifat, Lincah Malaysia, Gayung Penggerak dan lain-lain. Walaupun terdapat beberapa kepincangan dalam penganjuran  kali ini. keseluruhannya masih boleh dianggap berjaya. Hadiah disampaikan oleh VIP wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri, untuk acara perasmian penutup penonton dihiburkan dengan persembahan tarian dari SMK Seberang Jaya, kemudiannya diikuti persembahan oleh pemuzik gamelan dari SMK Permatang Tok Labu.

Pakaian terbaik dari SMA Nibong Tebal


Pesilat-pesilat menanti keputusan pertandingan

Pemuzik  Gamelan dari SMK Permatang Tok Labu

Pesilat-pesilat dari Gayung Penggerak yang menyertai kejohanan kali ini

2009
Juara Kelas A Putera (Silat Olahraga) SMKTK2
Suku akhir Kelas B & C Puteri (Silat Olahraga)
Saringan Kelas B Putera (Silat Olahraga)
Akhir Tempur Putera & Puteri Sekolah Rendah (Silat Seni)
Saringan Tempur Putera Sekolah Menengah (Silat Seni)

2011
Juara Seni Tari Putera Sekolah Rendah (Silat Seni) SKKongsi
Naib Juara Tempur Putera Sekolah Rendah (Silat Seni) SKKongsi
Tempat ketiga Jurus Wajib Putera Sekolah Menengah (Silat Seni) SMKTK
Saringan Seni Tari Putera & Puteri Sekolah Menengah (Silat Seni)
Saringan Tempur Putera & Puteri Sekolah Menengah (Silat Seni)

2012
Juara Seni Tari Putera Sekolah Rendah (Silat Seni) SKKongsi
Naib Juara Tempur Putera Sekolah Rendah (Silat Seni) SKKongsi
Naib Juara Tempur Puteri Sekolah Rendah (Silat Seni) SKKongsi
Akhir Jurus Wajib Putera Sekolah Menengah (Silat Seni)
Akhir Seni Tari Puteri Sekolah Rendah (Silat Seni)
Saringan Seni Tari Putera Sekolah Menengah (Silat Seni)
Saringan Tempur Putera & Puteri Sekolah Menengah (Silat Seni)


No comments: