Saturday, July 20, 2013

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2013

dewan SKBTM
Unit Silat JPNPP masih mengekalkan venue yang sama dengan kejohanan sekolah Asean apabila sekali lagi memilih sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara sebagai lokasi berlangsungnya kejohanan untuk tahun ini, Pada tahun ini hampir 30 sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian di dalam 12 acara yang dipertandingkan. SPSGP hanya menghantar 1wakil dari sekolah menenegah (SMKTelok Kumbar) dan 1wakil dari sekolah rendah (SK Kongsi), SMKTK2 menarik diri disaat akhir kerana tarikh pertandingan bertembung dengan peperiksaan pertengahan tahun.
Pada tahun ini SMKTK telah menyertai 6 acara yang dipertandingkan iaitu Seni tari Putera/Puteri, Tempur Ganda Putera/Puteri, Jurus Silat Puteri & Jurus Wajib putera. Apapun seperti biasa skrip kejuaraan hampir sama sahaja jika dibandingkan tahun lepas. Sekolah sekolah yang sama masih mengekalkan kejuaraan sebagai Juara Bertahan, Sekolah Menengah Permatang Tok Labu dan Sekolah Menengah Agama Nibong Tebal masih mengekalkan tempo persembahan, ini dapat dilihat dengan keserasian pesilat2 yang sama mereka kekalkan untuk beberapa tahun. Bagi SPSGP kita mencuba yang terbaik untuk apa sahaja acara disertai, untuk tari Solo putera SPSGP tempat ke4 kesuluruhan sekolah menengah manakala ke5 bagi Tempur Ganda Putera. Kehilangan wakil SKKongsi yang juga Juara Tari solo tahun 2012 memberi impak kepada skuad SPSGP SKKongsi Balik Pulau. SPSGP terlepas gelaran Juara 2 tahun berturut-turut 2011-2012, penarikan diri disebabkan masalah teknikal disaat akhir menyebabkan Juara Tari Solo 2013 berpindah milik. Apapun SKKongsi tidak pulang dengan tangan kosong apabila mendapat tempat ketiga ganda putera & puteri.
Tari Solo Putera


Tari solo Puteri dok bersolek

Tari Solo SKKongsi

Tari Solo Puteri SMKTK

Tari Solo Puteri SKKongsi

Ganda SKKongsi

Ganda SKKongsi

Ganda SMKTK

Gendang silat Kuntau Jawa

Geng Kongsi

Ganda SMKTK

Jurus Wajib




Sebahagian Hadiah untuk pemenang



Jurus silat SMKTK



Tutup gelanggang Cikgu Lan VS Cikgu Norzaman

sebahagian yg hadir

sebahagian yg hadir

sebahagian yg terlibat

SKKongsi bersama trofi

Jumpa lagi tahun 2014

No comments: