Thursday, September 19, 2013

Majlis Ijazah Ahli Baru KKTM 2013

 Menjadi Ahli sesuatu persilatan tidak lengkap sekiranya tidak melalui satu proses atau adat tradisi sesuatu perguruan, pada 24 Ogos2013 seluruh ahli KKTM telah melalui proses ijazah ahli baru yang telah berlangsung di rumah guru Utama di Teluk Kumbar.



 Majlis bermula selepas waktu Isya’ dengan kedatangan ahli-ahli dari KKTM Balik Pulau. Penerangan ringkas diberikan kepada ahli2 yang terlibat.
 

 Selain ahli dari KKTMBP terdapat juga ahli dari SMKTK1 yg turut terlibat. Selepas taklimat peserta di jemput menyaksikan demo khas dari skuad demo gelanggang utama.







 Tamat persembahan semua ahli dijemput kerumah Guru untuk melalui proses majlis ijazah, Majlis dibantu oleh Guru Pak Ngah Ramli, Cikgu Fauzi, Cikgu Mi, Cikgu Hafiz & Cikgu Faiz. Selesai majlis ahli bertukar persalinan untuk dimandikan/perlimau.













 Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan dan tamat pada pukul 11malam. Dengan itu maka rasmilah ahli KKTM BP sebagai ahli Silat Gayung Penggerak.








No comments: