Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Festival & Penganugerahan Silat Melaka 2015

Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), PESAKA,dan kerajaan negeri Melaka ini telah diadakan pada 17-19 April 2015 bertempat di Hang Tuah Centre Kg Duyong,Melaka.
Program yang menghimpun kan pelbagai perguruan silat dari seluruh negara di samping memberi pengiktirafan kepada  bebrapa pertubuhan diatas sumbangan mereka di dunia persilatan.
Pertubuhan Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang dengan bebesar hati telah menerima undangan ke program tersebut. di program tersebut PSPSGPPP merupakan wakil tunggal silat dari Pulau Pinang.
bersama perguruan lain

antara yg hadir



bergambar di HTC Muzium Hang Tuah

Sesi pendaftaran

persembahan di Muzium Istana

bergambar kenangan

Himpunan Dataran Warisan Alang 28/12/2014


Program himpunan ini telah berlangsung di dataran warisan Alang Balik Pulau. dengan tujuan untuk menyatukan Ngo & silat-silat melayu yang berada di Parlimen BalikPulau.

Perarakan oleh kontijen Gayung Penggerak ke Dataran Alang dari Masjid Sg Burung.

Perarakan turut disertai oleh silat Kuntau Tekpi, Silat Lincah & silat-silat lain




Pesilat Gayung Penggerak bergambar kenangan



Majlis Penutup latihan KKTM Balik Pulau Sesi 2013-2014

Pada 16 Mei 2014 satu majlis penutup latihan dan penyampaian bengkung Mahir telah dijalankan di Dewan utama KKTM, majlis dilangsungkan setelah hampir setahun para ahli mempelajari silat Gayung Penggerak.

 Para pentadbir KKTM dan Guru Silat bergerak masuk ke dewan


 Sembah hormat Ahli Silat Gayung Penggerak KKTM 


 Acara penyampaian bengkung Mahir


 Acara penyampaian sijil kemahiran silat


Bergambar kenangan ahli KKTM

Friday, July 26, 2013

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau

                                           

2013 menjadi lebih meriah untuk warga SPSGP kerana satu lagi keluarga baru bergabung menjadi ahli gabungan SPSGP, apabila KKTM Balik Pulau telah menjemput SPSGP untuk membuka gelanggang di KKTMBP untuk sesi baru pengajian sesi Julai 2013. matapelajaran SPSGP diambil sebagai modul wajib lulus untuk ko-kurikulum pelajar, walaupun permintaan yang tinggi untuk menjadi ahli, pihak penyalaras KOKO KKTM hanya membenarkan 20 ahli sahaja untuk setiap persatuan. Antara yang menarik juga semua ahli baru SPSGP ini datang dari 10 negeri yang berbeza dari semenanjung. Latihan tetap di adakan pada waktu siang di bulan ramadhan. Kekurangan kawasan lapang berumput di KKTM telah menyebabkan pihak SPSGP memilih DEWAN KKTM sebagai kelas latihan. Pesilat dari KKTM juga akan turun ke gelanggang utama SPSGP di Teluk Kumbar sebulan sekali untuk sesi ulangkaji dan kemantapan gerak.Penasihat PSPSGP KKTMBP adalah Encik Saiful, seorang yang berdedikasi dan menjiwai dunia persilatan.
                   

   
                PSPSGP  KKTMBP 2013