Showing posts with label pertandingan silat seni. Show all posts
Showing posts with label pertandingan silat seni. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Kejohanan Silat Remaja Pulau Pinang 2015 anjuran KBS, PESAKA, JKKN


Pada 8-10 Mei 2015 bertempat di KomplessilatBatu Uban telah berlangsungnya Kejohanan Silat remaja Anjuran Kementerian Belia & Sukan PP, PESAKA PP, dan Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara PP.
Kejohanan selama 2hari itu menghimpunkan perguruan Silat seluruh Pulau Pinang.Antara yg dipertandingkan Silat Olahraga,Tempur tangan kosong & tempur Senjata. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang berterusan sepanjang april telah menyebabkan kesuntukan masa untuk PSPSGPPP menyediakan pesilat ke kejohanan tersebut.



Pada kejohanan ini tujuan diadakan setelah 5 tahun menyepi adalah kerana untuk memilih pesilat ke kejohanan SUKMA yang akan datang. Gayung Penggerak hanya menghantar pesilat untuk acara tempur kosong dan senjata sahaja. Alhamdulillah tempur tangan kosong dapat beroleh perak tewas kepada pesilat dari USM transkrian. Majlis disempurnakan oleh YB Farid (Adun Pulau Betong)






Kejohanan Silat Seni Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2015

Pada tahun 2015 hampir 30 sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini. Kejohanan kali ini di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu,pada 28-30 April 2015. Kejohanan masih mempertandingkan silat seni ,seperti Tari Silat ,Tempur silat, Masal dan buat julung kalinya memperkenalkan kategori silat Asli (Silat Pulut)

Tari silat SMKTK

bersedia untuk persembahan

Tempur SMKTK

Tempur SMKTK2

Tempur dan Tari Silat SMKTK2

pesilat Silat Melayu asli (Pulut) SMKTK & SMKTK2

Aksi berpulut dari smktk2

jurus silat SMKTK & SMKTK2

majlis penutup

Jurus Silat SMKTK
 Pada tahun ini 90% ahli dari Gayung Penggerak adalah muka baru, dan kejohanan ini dijadikan sebagai pendedahan kepada mereka.kesibukan ahli dengan pelbagai aktiviti sepanjang april telah menghadkan waktu latihan untuk pertandingan.


Monday, May 11, 2015

Kejohanan Silat Seni Sekolah Sekolah Pulau Pinang 2014

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara pada 28-30 April 2014 telah berlangsungnya Pertandingan silat Seni sekolah-sekolah Pulau Pinang. Kejohanan dijalankan di Dewan Mutiara SKBTM.



Acara yang dipertandingkan sama seperti tahun-tahun  sebelumnya.

SMKTK & SMKTK2 mewakili Gayung Penggerak Pulau Pinang

SMKTK memperoleh tempat kedua TariSilat Puteri manakala SMKTK2 mendapat tempat ketiga tempur puteri