Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Kejohanan Silat Remaja Pulau Pinang 2015 anjuran KBS, PESAKA, JKKN


Pada 8-10 Mei 2015 bertempat di KomplessilatBatu Uban telah berlangsungnya Kejohanan Silat remaja Anjuran Kementerian Belia & Sukan PP, PESAKA PP, dan Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara PP.
Kejohanan selama 2hari itu menghimpunkan perguruan Silat seluruh Pulau Pinang.Antara yg dipertandingkan Silat Olahraga,Tempur tangan kosong & tempur Senjata. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang berterusan sepanjang april telah menyebabkan kesuntukan masa untuk PSPSGPPP menyediakan pesilat ke kejohanan tersebut.



Pada kejohanan ini tujuan diadakan setelah 5 tahun menyepi adalah kerana untuk memilih pesilat ke kejohanan SUKMA yang akan datang. Gayung Penggerak hanya menghantar pesilat untuk acara tempur kosong dan senjata sahaja. Alhamdulillah tempur tangan kosong dapat beroleh perak tewas kepada pesilat dari USM transkrian. Majlis disempurnakan oleh YB Farid (Adun Pulau Betong)






Kejohanan Silat Seni Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2015

Pada tahun 2015 hampir 30 sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini. Kejohanan kali ini di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu,pada 28-30 April 2015. Kejohanan masih mempertandingkan silat seni ,seperti Tari Silat ,Tempur silat, Masal dan buat julung kalinya memperkenalkan kategori silat Asli (Silat Pulut)

Tari silat SMKTK

bersedia untuk persembahan

Tempur SMKTK

Tempur SMKTK2

Tempur dan Tari Silat SMKTK2

pesilat Silat Melayu asli (Pulut) SMKTK & SMKTK2

Aksi berpulut dari smktk2

jurus silat SMKTK & SMKTK2

majlis penutup

Jurus Silat SMKTK
 Pada tahun ini 90% ahli dari Gayung Penggerak adalah muka baru, dan kejohanan ini dijadikan sebagai pendedahan kepada mereka.kesibukan ahli dengan pelbagai aktiviti sepanjang april telah menghadkan waktu latihan untuk pertandingan.


Friday, July 26, 2013

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau

                                           

2013 menjadi lebih meriah untuk warga SPSGP kerana satu lagi keluarga baru bergabung menjadi ahli gabungan SPSGP, apabila KKTM Balik Pulau telah menjemput SPSGP untuk membuka gelanggang di KKTMBP untuk sesi baru pengajian sesi Julai 2013. matapelajaran SPSGP diambil sebagai modul wajib lulus untuk ko-kurikulum pelajar, walaupun permintaan yang tinggi untuk menjadi ahli, pihak penyalaras KOKO KKTM hanya membenarkan 20 ahli sahaja untuk setiap persatuan. Antara yang menarik juga semua ahli baru SPSGP ini datang dari 10 negeri yang berbeza dari semenanjung. Latihan tetap di adakan pada waktu siang di bulan ramadhan. Kekurangan kawasan lapang berumput di KKTM telah menyebabkan pihak SPSGP memilih DEWAN KKTM sebagai kelas latihan. Pesilat dari KKTM juga akan turun ke gelanggang utama SPSGP di Teluk Kumbar sebulan sekali untuk sesi ulangkaji dan kemantapan gerak.Penasihat PSPSGP KKTMBP adalah Encik Saiful, seorang yang berdedikasi dan menjiwai dunia persilatan.
                   

   
                PSPSGP  KKTMBP 2013

                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            


Monday, April 9, 2012

Insentif pelajaran Gayung Penggerak

Gayung Penggerak tidak melupakan kepada mereka yang cemerlang didalam pelajaran walaupun mempunyai dana dan peruntukan kewangan perguruan yang kecil, SPSGP berharap semoga sumbangan tersebut dapat memotivasikan ahli-ahli SPSGP yang lain yang masih bersekolah untuk terus berjaya di bidang pelajaran. Kejayaan Syamiz dalam STPM 2011 sedikit sebanyak dapat membuka mata ibubapa yang lain bahawasanya bersilat tidak mengganggu untuk berjaya didalam peperiksaan. Saban tahun ayat sebegini akan terkeluar dari mulut ibubapa, " Cikgu, tahun ni anak saya tak boleh silat dah sebab tahun ni dia periksa...". diharap ayat seperti ini tidak didengari lagi.Kegagalan didalam peperiksaan adalah kesilapan teknik pengurusan masa dan kaedah peajaran jangan lupa juga ketentuan Tuhan. Janganlah silat dipersalahkan..sekian.

Saturday, October 16, 2010

Ujian

Untuk makluman anak-anak Gayung Penggerak satu ujian asas silat dan kemahiran silat akan diadakan di gelanggang utama pada 22 oktober jumaat jam 9.00mlm. manakala untuk gelanggang Kongsi Balik Pulau ujian akan dijalankan pada 21 oktober khamis jam 4.30ptg. pada hari yang dinyatakan juga majlis penyampaian sijil penyertaan Hari Pencak Warisan akan diadakan. Semua ahli diwajibkan hadir.

Sunday, July 25, 2010

Hari Pencak Warisan




Teluk Kumbar menanti kedatangan anda untuk menyaksikan perhimpunan dan persembahan silat melayu dari Gayung Penggerak, Gayong Patani, Pusaka Gayong, Lincah Malaysia , Cekak Malaysia , Pulut Melayu Asli , Laksamana Laut. Persembahan tanpa henti bermula 3:ooptg hingga 6:00ptg. Peminat Silat & beladiri di utara tanah air secara amnya dan Seluruh Pulau Pinang secara khususnya dijemput hadir.

Sunday, July 11, 2010

AKAN DATANG

Hari Pencak Warisan
bersempena sambutan ke 40 tahun SPSGP


anjuran
Rukun Tetangga Teluk Kumbar


dengan kerjasama

Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak
Pertubuhan Belia 4B Teluk Kumbar

Kementerian Belia dan Sukan Daerah Barat Daya

http://www.facebook.com/?ref=home#!/event.php?eid=144206038926869
Perhimpunan Pesilat & Persembahan Silat
oleh SPSGP dan Perguruan-Perguruan Jemputan

Tuesday, May 25, 2010

Kelas Batal

Latihan minggu ini dibatalkan di kedua-dua gelanggang, SMKTK2 (Sabtu 29/5) & SKKongsi (Khamis 27/5) oleh sebab yang tidak dapat di elakkan. Latihan di gelanggang utama berjalan seperti biasa. Harap maklum....