Showing posts with label kktmbp. Show all posts
Showing posts with label kktmbp. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Majlis Penutup latihan KKTM Balik Pulau Sesi 2013-2014

Pada 16 Mei 2014 satu majlis penutup latihan dan penyampaian bengkung Mahir telah dijalankan di Dewan utama KKTM, majlis dilangsungkan setelah hampir setahun para ahli mempelajari silat Gayung Penggerak.

 Para pentadbir KKTM dan Guru Silat bergerak masuk ke dewan


 Sembah hormat Ahli Silat Gayung Penggerak KKTM 


 Acara penyampaian bengkung Mahir


 Acara penyampaian sijil kemahiran silat


Bergambar kenangan ahli KKTM

Monday, November 24, 2014

KKTM BalikPulau melawat gelanggang Utama

                                           Lawatan untuk latihan bulanan ahli PSPSGPPP KKTMBP ke gelanggang Utama Perguruan.

Thursday, September 19, 2013

SPeKMa 2013

Pada 9-12 September 2013 telah berlangsung Sukan Pelajar kemahiran Mara 2013 (SPekMa) di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman. Semua Sukan cabang dipertandingkan (bola sepak, sepak takraw, badminton, Bola jaring,Ping Pong, Skuash,Catur,Dart,Bola Tampar dan tidak ketinggalan Pencak silat).
KKTM Balik Pulau turut serta menyertai 23 KKTM/IKM yang bertanding. Walaupun gelanggang silat Gayung Penggerak baru ditubuhkan tidak sampai  2 bulan di KKTMBP, para Gurulatih dan pesilat berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi persembahan yang terbaik di dalam acara silat seni, acara yang dipertandingkan kali ini adalah Jurus tunggal dan Tempur Ganda.



Berikut senarai KKTM/IKM yang mengambil bahagian dan kedudukan terakhir  selepas tamat 2 acara pencak silat yang dipertandingkan:-

1.KKTM KEMAMAN (TERENGGANU)

2.IKM JOHOR BAHRU (JOHOR)

3.IKM TSYA (PAHANG)

4.KKTM REMBAU (N.SEMBILAN)

5.KKTM BALIK PULAU (PULAUPINANG)
6.IKM LUMUT (PERAK)

7.KKTM LEDANG (JOHOR)

8.KKTM PASIR MAS (KELANTAN)

9.KKTM MASJID TANAH (MELAKA)

10.IKM SUNGAI PETANI (KEDAH)

11.KKTM KUANTAN (PAHANG)

12.IKM JASIN (MELAKA)

13.IKM KUALA LUMPUR

14.IKM ALOR SETAR (KEDAH)

15.KKTM PETALING JAYA (SELANGOR)

16.IKM BINTULU (SABAH)

17.IKM BESUT (TERENGGANU)

18.IKM KOTA KINABALU (SABAH)

19.IKM KUCHING (SARAWAK)

20.KKTM BERANANG (SELANGOR)

21.IKM SIK (KEDAH)

22.KKTM SRI GADING (JOHOR)

23.IKM BESERI (PERLIS)




Alhamdullilah melalui KKTMBP, silat Gayung Penggerak berjaya menempatkan diri sebagai top 5 terbaik Kejohanan. Insyaallah kita akan mencuba dengan lebih baik untuk Kejohanan SPeKMa akan datang.

Majlis Ijazah Ahli Baru KKTM 2013

 Menjadi Ahli sesuatu persilatan tidak lengkap sekiranya tidak melalui satu proses atau adat tradisi sesuatu perguruan, pada 24 Ogos2013 seluruh ahli KKTM telah melalui proses ijazah ahli baru yang telah berlangsung di rumah guru Utama di Teluk Kumbar.



 Majlis bermula selepas waktu Isya’ dengan kedatangan ahli-ahli dari KKTM Balik Pulau. Penerangan ringkas diberikan kepada ahli2 yang terlibat.
 

 Selain ahli dari KKTMBP terdapat juga ahli dari SMKTK1 yg turut terlibat. Selepas taklimat peserta di jemput menyaksikan demo khas dari skuad demo gelanggang utama.







 Tamat persembahan semua ahli dijemput kerumah Guru untuk melalui proses majlis ijazah, Majlis dibantu oleh Guru Pak Ngah Ramli, Cikgu Fauzi, Cikgu Mi, Cikgu Hafiz & Cikgu Faiz. Selesai majlis ahli bertukar persalinan untuk dimandikan/perlimau.













 Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang disediakan dan tamat pada pukul 11malam. Dengan itu maka rasmilah ahli KKTM BP sebagai ahli Silat Gayung Penggerak.








Friday, July 26, 2013

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau

                                           

2013 menjadi lebih meriah untuk warga SPSGP kerana satu lagi keluarga baru bergabung menjadi ahli gabungan SPSGP, apabila KKTM Balik Pulau telah menjemput SPSGP untuk membuka gelanggang di KKTMBP untuk sesi baru pengajian sesi Julai 2013. matapelajaran SPSGP diambil sebagai modul wajib lulus untuk ko-kurikulum pelajar, walaupun permintaan yang tinggi untuk menjadi ahli, pihak penyalaras KOKO KKTM hanya membenarkan 20 ahli sahaja untuk setiap persatuan. Antara yang menarik juga semua ahli baru SPSGP ini datang dari 10 negeri yang berbeza dari semenanjung. Latihan tetap di adakan pada waktu siang di bulan ramadhan. Kekurangan kawasan lapang berumput di KKTM telah menyebabkan pihak SPSGP memilih DEWAN KKTM sebagai kelas latihan. Pesilat dari KKTM juga akan turun ke gelanggang utama SPSGP di Teluk Kumbar sebulan sekali untuk sesi ulangkaji dan kemantapan gerak.Penasihat PSPSGP KKTMBP adalah Encik Saiful, seorang yang berdedikasi dan menjiwai dunia persilatan.
                   

   
                PSPSGP  KKTMBP 2013