Showing posts with label smktk2. Show all posts
Showing posts with label smktk2. Show all posts

Monday, March 28, 2016

SMKTK & SMKTK2 2016

Tamatnya program kokurikulum silat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara BalikPulau (KKTMBP) 2014 serta penutupan Gelanggang latihan pada tahun 2015 di Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau amat dirasai, mungkin jodoh tidak berpanjangan, Apapun latihan di dua lagi Gelanggang latihan sekolah masih diteruskan dan menjadi misi Gayung Penggerak untuk mendedahkan golongan remaja di sekitar Teluk Kumbar mengenai ilmu persilatan.

1) Gelanggang Latihan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar (SMKTK)
    Guru Penasihat : Cikgu Fadzilah Ismail

2) Gelanggang Latihan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar2 (SMKTK2)
    Guru Penasihat : Cikgu Norlida Omar
SMKTK

SMKTK2


Tuesday, May 12, 2015

Kejohanan Silat Seni Sekolah-sekolah Pulau Pinang 2015

Pada tahun 2015 hampir 30 sekolah seluruh Pulau Pinang telah mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini. Kejohanan kali ini di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu,pada 28-30 April 2015. Kejohanan masih mempertandingkan silat seni ,seperti Tari Silat ,Tempur silat, Masal dan buat julung kalinya memperkenalkan kategori silat Asli (Silat Pulut)

Tari silat SMKTK

bersedia untuk persembahan

Tempur SMKTK

Tempur SMKTK2

Tempur dan Tari Silat SMKTK2

pesilat Silat Melayu asli (Pulut) SMKTK & SMKTK2

Aksi berpulut dari smktk2

jurus silat SMKTK & SMKTK2

majlis penutup

Jurus Silat SMKTK
 Pada tahun ini 90% ahli dari Gayung Penggerak adalah muka baru, dan kejohanan ini dijadikan sebagai pendedahan kepada mereka.kesibukan ahli dengan pelbagai aktiviti sepanjang april telah menghadkan waktu latihan untuk pertandingan.


Monday, May 11, 2015

Kejohanan Silat Seni Sekolah Sekolah Pulau Pinang 2014

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara pada 28-30 April 2014 telah berlangsungnya Pertandingan silat Seni sekolah-sekolah Pulau Pinang. Kejohanan dijalankan di Dewan Mutiara SKBTM.



Acara yang dipertandingkan sama seperti tahun-tahun  sebelumnya.

SMKTK & SMKTK2 mewakili Gayung Penggerak Pulau Pinang

SMKTK memperoleh tempat kedua TariSilat Puteri manakala SMKTK2 mendapat tempat ketiga tempur puteri


Monday, November 24, 2014

Karnival Mesra belia 2014 Permatang Damar Laut

                                         Persembahan daripada pesilat gelanggang SMKTK & SMKTK2 oleh Pertubuhan Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak Pulau Pinang sempena Karnival Mesra Belia Peringkat negeri Pulau Pinang 2014

Monday, July 11, 2011

Sambutan Hari Guru SMKTK2 2011

Pada 6 Julai 2011 yang lalu SMKTK2 telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. SPSGP telah diberi ruang untuk membuat persembahan sempena sambutan tersebut, seramai 8 orang ahli SPSGP SMKTK2 telah terpilih untuk melakukan persembahan pada hari tersebut,

Serikandi SPSGP

Persembahan Tari keris dan tempur keris dipersembahkan pada hari tersebut


Barisan pesilat yang terlibat pada hari tersebut