Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Kejohanan Silat Remaja Pulau Pinang 2015 anjuran KBS, PESAKA, JKKN


Pada 8-10 Mei 2015 bertempat di KomplessilatBatu Uban telah berlangsungnya Kejohanan Silat remaja Anjuran Kementerian Belia & Sukan PP, PESAKA PP, dan Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara PP.
Kejohanan selama 2hari itu menghimpunkan perguruan Silat seluruh Pulau Pinang.Antara yg dipertandingkan Silat Olahraga,Tempur tangan kosong & tempur Senjata. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang berterusan sepanjang april telah menyebabkan kesuntukan masa untuk PSPSGPPP menyediakan pesilat ke kejohanan tersebut.



Pada kejohanan ini tujuan diadakan setelah 5 tahun menyepi adalah kerana untuk memilih pesilat ke kejohanan SUKMA yang akan datang. Gayung Penggerak hanya menghantar pesilat untuk acara tempur kosong dan senjata sahaja. Alhamdulillah tempur tangan kosong dapat beroleh perak tewas kepada pesilat dari USM transkrian. Majlis disempurnakan oleh YB Farid (Adun Pulau Betong)






Himpunan Dataran Warisan Alang 28/12/2014


Program himpunan ini telah berlangsung di dataran warisan Alang Balik Pulau. dengan tujuan untuk menyatukan Ngo & silat-silat melayu yang berada di Parlimen BalikPulau.

Perarakan oleh kontijen Gayung Penggerak ke Dataran Alang dari Masjid Sg Burung.

Perarakan turut disertai oleh silat Kuntau Tekpi, Silat Lincah & silat-silat lain




Pesilat Gayung Penggerak bergambar kenangan



Friday, July 20, 2012

Keris berdiri

Keris berdiri masih menjadi pendebatan hangat dikalangan ilmuan, agamawan dan para pesilat tidak ketinggalan juga peminat alam mistik. menyedari hal ini penerangan perlu dilakukan dikalangan pesilat muda agar tidak terpengaruh dan dapat berhujah dengan ilmu, bukan emosi, sekiranya hal ini dibangkitkan. Masih ramai percaya keris mengandungi kuasa mistik seperti dampingan dan khadam. ya alam keris tidak dapat lari dari perkara tersebut. dengan hanya memanggil nama ataupun berzikir keris akan bangun tegak dengan sendiri. Tetapi dari segi seni pembuatan keris yang terbaik, paksi simetri keris yang sempurna dan seimbang dapat dibentuk oleh pandai besi dan dapat ditegakkan dengan bantuan sarung. Ahli SKKongsi diberi peluang untuk mencuba sendiri mendirikan keris dengan tenik imbangan dan fokus diri, maka tanpa zikir ataupun bantuan jin, keris tetap akan dapat berdiri dengan izin Allah.
hasil latihan sendiri

fokus dan kesabaran penting

bersama keris yang ditegakkan

kucupan keris pewaris silat melayu 
maka dapatlah dikatakan tidak semua yang berlaku itu dengan bantuan jin & khadam. sekiranya dapat mengetahui teknik dan cara, maka semua dapat dilakukan, kun faya kun.

Thursday, May 13, 2010

Adat lama Kenduri Kahwin


Majlis Perkahwinan sekarang telah banyak berubah mengikut perubahan masa. Adapun begitu banyak lagi warisan budaya yang cuba dikekalkan, tetapi banyak juga yang telah di lupakan sama ada disebabkan tiada yang mengamalkannya lagi dan ada juga yang ditinggalkan kerana bertentangan syara'. Mengikut penceritaan yang disampaikan oleh Pak Guru Hashim, pada zaman dahulu sehingga penghujung 1950an, Sejenis adat yang dinamakan 'Pelaga tepak sireh' di amalkan di Pulau Pinang. Adat tersebut telah pun berkubur sekarang dan tiada lagi yang menjadikan acara wajib ketika menyambut kedatangan rombongan pengantin malah mungkin juga generasi baru tidak mengetahui langsung wujudnya adat ini. Sekiranya disetengah tempat diselatan tanah air adat ini dipanggil Tol Pengantin, iaitu pihak pengantin yang datang, akan berbalas pantun dengan pihak yang menyambut, sebelum dibenarkan masuk ke rumah pengantin dan perlu dibayar kepada mak andam pihak yang menanti. 'Pelaga tepak sireh' membawa konsep yang sama iaitu pihak pengantin lelaki yang datang akan membawa pesilat, dan pesilat tersebut akan bertemu pesilat dari pihak pengantin perempuan untuk bertukar tepak sireh, dalam pertemuan tersebut akan berlaku tari seumpama permainan pulut, sambil pesilat mengacah dan cuba untuk menyentuh tepak sireh dari pihak lawannya. Sekiranya ada sentuhan maka mereka akan bertukar tepak sireh dan barulah pihak rombongan dibenarkan masuk. kedatangan 1960an dan 1970an dengan irama pop yeh yeh, joget lambak dan kini dengan Dj Radio dan sebagainya maka pelaga tepak sireh hanyalah satu tinggalan sejarah untuk adat perkahwinan melayu di Pulau Pinang.