Sunday, March 7, 2010
Ijazah SMKTK2 Mac 2010
Saturday, February 13, 2010
SPSGP SKK 2010 dan pandangan umum
Latihan telah pun bermula hampir 3 minggu di Sekolah Kebangsaan Kongsi,Balik Pulau.Ramai juga ahli baru yang berminat untuk mencuba setakat mana kemampuan di dalam diri. Seperti tahun-tahun yang lepas, di awal tahun atau awal pelajaran ramai yang mendaftar nama tapi dipertengahan perjalanan kelas, pasti akan ada ahli yang menarik diri dan berhenti maka tinggalah yang bersemangat kental sahaja yang berjaya sampai ke sesuatu tahap ujian, Dari kajian dan pemerhatian yang dilakukan permasalahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.- Tidak berminat dengan dunia silat tetapi sekadar mengikut kawan menyertai perguruan.
- Semangat yang berkobar-kobar di awal kemasukan latihan, dan semangat yang panas itu menjadi sejuk setelah badan sakit-sakit selepas latihan.
- Terlalu aktif dengan berbagai aktiviti disekolah cthnya, wakil sekolah di dalam bidang sukan, pidato, kuiz, debat, pengawas sekolah dan akhirnya tidak dapat memberi tumpuan kepada silat lagi.
- Tiada galakan dari ibubapa dan masyarakat sekeliling mengenai kebaikan mempelajari silat, sibuk dengan kehidupan moden dan menganggap silat seperti (kuno) tidak relevan lagi dengan dunia moden sekarang.
- Antara alasan lain yang popular yang digunakan di sekolah iaitu terpaksa menumpu pelajaran pada peperiksaan tahun tersebut.
- Bagi ibubapa yang kurang mendapat pendedahan dan penerangan serta dilahirkan dikalangan keluarga moden, mentaliti ibubapa menjadi prejudis dan fobia terhadap dunia silat, dengan alasan ilmu batin akan jadi gila, susah nak mati, ajaran sesat dan berbagai lagi tanggapan buruk. Tidak dinafikan ada juga kelompok silat yang mengamalkannya. Kelompok inilah yang memburukan lagi keadaan. Sesetengah ibubapa lebih yakin dengan beladiri luar.
- Bagi yang sudah berumahtangga dan bekerja kegagalan menguruskan masa antara faktor penyumbang. Bila diajukan soalan " malam ni /minggu ni turun gelanggang? " jawapan yang pasti diterima "kerja". Apapun mencari nafkah untuk keluarga tetap perlu diutamakan, janganlah sampai kita ekstrem dengan dunia silat hingga lupa keluarga. Sekiranya boleh luangkanlah sedikit masa ke gelanggang/kelas silat.
- Ikatan perkahwinan juga antara faktor yang mengikat/mengunci mati gerak kaki pesilat ke gelanggang.
Semua permasalahan di atas adalah kajian umum yang dilakukan dan terjadi kepada kebanyakan pesilat dan perguruan silat di Malaysia. Apapun hal-hal ini dapat diatasi sekiranya seseorang pesilat itu:-
- Mempunyai jatidiri, semangat dan minat yang mendalam terhadap dunia silat
- Mendapat galakan dari ibubapa dan masyarakat setempat
- Membuat aturan dan jadual masa kehidupan supaya lebih teratur.
- Bagi seorang pelajar mereka haruslah bijak membahagikan masa untuk bersilat, belajar, dan beriadah.
- Bagi yang akan mendirikan rumahtangga ceritakan kepada isteri mengenai minat dan dapatkan sokongan dari mereka, tidak akan ada sebarang halangan jika ianya dapat difahami dari awal.
- Menyelidiki latar belakang sesebuah perguruan sebelum menyertai, adakah perguruan tersebut melakukan perkara yang terlarang, bertentang akidah, pemujaan atau amalan-amalan khurafat yang lain.Sekiranya ada tinggalkan atau elakan dari terjebak.
Apapun diharapkan tahun ini pihak perguruan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa, selain itu pihak perguruan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam keputusan UPSR,PMR peperiksaan tahun lepas. Mereka mereka ini dapatlah dijadikan contoh bahawa silat tidak menghalang untuk mencapai kejayaan
Monday, February 8, 2010
Latihan Tempur bebas / free Sparring
Meneruskan kesinambungan ini selain daripada latihan tari sembah, kuncian dan buah jatuh, Gayung Penggerak juga memberi peluang para pesilatnya merasai suasana tersebut. Setelah selesai sesi tersebut setiap ahli boleh menilai sendiri tahap diri mereka, segala kekurangan akan dipebetulkan oleh gurulatih bertugas.
Sunday, January 31, 2010
SMKTK2 2010
Latihan silat di SMKTK2 disambung kembali selepas sekolah bercuti panjang, aktiviti gelanggang di sekolah-sekolah sepanjang bulan Januari berjalan lancar walaupaun agak sibuk sedikit dengan penambahan ahli baru, perlantikan jawatankuasa baru, serta majlis penerangan kepada ahli baru. Dengan struktur organisasi yang lebih mantap diharap perjalanan pertubuhan akan lebih lancar tahun ini. SPSGP SMKTK2 tahun ini turut mendapat bantuan dari 4 guru penasihat, dan diketuai oleh Ustaz Marzuki.
Tuesday, January 19, 2010
clip video silat terbaru
Thursday, December 17, 2009
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431H
Saturday, November 14, 2009
Penghujung Sesi 2009
Pesilat SPSGP gelanggang kongsi yang berjaya di dalam ujian kemahiran
Mengimbas kembali sejarah pembukaan gelanggang di Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau, ianya merupakan satu perkembangan awal kepada SPSGP. Ianya bermula hasil dari inisiatif Cikgu Aidil yang merupakan ahli SPSGP yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kongsi. Gelanggang dibuka awal 2008 dengan keahlian 30 orang ahli sahaja. Hasil usaha dan kesungguhan ahli dan jurulatih terlibat serta aktivti menarik yang telah dijalankan telah berjaya menarik 80 orang ahli baru untuk sesi 2009. Namun dari jumlah tersebut hanya 20 orang sahaja yang berjaya mendapatkan sijil kemahiran SPSGP. Ujian yang telah dijalankan pada bulan oktober yang lalu berjaya dilalui oleh semua pesilat SPSGP gelanggang Kongsi. Pada 13 November 2009 satu majis ringkas penyampaian sijil telah diadakan diperkarangan sekolah. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Azizah sebagai penyelaras Kokurikulum sekolah yang mengambil berat tentang perkembangan silat di sekolah. Syabas dan Tahniah juga diucapkan pada yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik ataupun yang tidak berkesempatan boleh melakukannya di tahun hadapan.
Tuesday, October 13, 2009
1 Silat - Unity in Diversity
Tuesday, October 6, 2009
Jamuan Raya 2009
Pada 3 oktober 2009 bersamaan 14 syawal 1430h yang lalu, satu majlis Rumah terbuka Gayung Penggerak telah diadakan, Majlis tersebut diadakan di rumah guru utama Pak Guru Hashim Ahmad. Majlis tersebut merupakan acara tahunan bagi pihak perguruan SPSGP.
Antara objektif majlis adalah menghimpunkan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama supaya dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli dan ahli dapat mengenali sesama sendiri.
Pada sebelah malam pula dijalankan majlis ijazah ahli baru. Antara yang menjadi ahli baru pada malam itu adalah anak-anak orang lama Gayung Penggerak (ahli tahun 1980-an). 2 generasi menyambung legasi perjuangan di dalam ilmu persilatan gayung penggerak. dengan itu juga semua gelanggang Gayung Penggerak akan memulakan latihan seperti biasa selepas 2 minggu berehat memberi laluan kepada sambutan Aidilfitri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari pihak perguruan SPSGP kepada semua ahli dan warga Silat sedunia....
Monday, August 17, 2009
Hari Kantin SMKTK2
Maka dikesempatan itu SPSGP telah mengambil peluang untuk mengadakan demonstrasi terakhir sebelum berehat panjang. Persembahan silat tersebut merupakan jemputan dari Pihak Sekolah Men. Keb. Teluk Kumbar 2 bersempena hari Kantin sekolah. Walaupun kebanyakkan sekolah rendah di sini ditutup sebagai langkah mengawal penyakit H1N1, sambutan pelawat yang hadir pada hari tersebut amat menggalakan.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa, diikuti oleh ucapan Pengetua Sekolah. Selepas acara perasmian, persembahan dimulakan dengan persembahan dari persatuan Taekwondo Sekolah. Persembahan dijalankan oleh 6 orang peserta Taekwondo. Tamat taekwondo maka giliran silat mengambil alih persembahan.
Persembahan dimulakan dengan tari buka gelanggang oleh Cikgu Fazli, kemudiannya di ikuti dengan tari bunga sembah perguruan oleh semua ahli terlibat. Seramai 50 orang ahli terlibat di dalam persembahan tersebut. Tamat bunga sembah, para pesilat menunjukkan beberapa langkah gerakkan asas Gayung Penggerak yang terdiri dari gerak menumbuk siku dan sebagainya. Persembahan asas diakhiri dengan langkah tapak Jurus17.
Dalam persembahan buah jatuh, 4 kaedah buah jatuh Gayung Penggerak dipamerkan iaitu buah terbang, buah sorong, buah sauk dan buah gantung. Selesai kaedah buah jatuh pesilat membentuk formasi ladam Kuda sebagai pagar untuk persembahan tempur.
Persembahan dimulakan oleh Cikgu Fazli berpasangan dengan Safarul untuk persembahan Silat pulut ataupun Silat Jatuh. Persembahan kemudiannya di ikuti dengan persembahan senjata utama perguruan iaitu Jurus tekpi dan tempur tekpi di ketuai oleh Azahari(Ari) dan pesilat dari gelanggang utama.Langkahan seterusnya di teruskan pula oleh Nasrun dan Syafiq untuk persembahan kayu selengan.
Untuk teknik rotan panjang ataupun tembung beberapa kaedah buah jatuh ditunjukkan oleh Izat dan Hazuan. Menyusuri persembahan seterusnya, Tari keris pula dipertontonkan oleh Kamal dan Redza(Chot). persembahan tempur dan diselangselikan dengan gerakan tari berjaya menarik perhatian penonton. Persembahan pada hari tersebut diakhiri dengan tempur parang oleh Izhar yang berpasangan dengan Mat. Gerakan yang pantas dan aksi-aksi yang merbahaya menyebabkan ada penonton yang merasa gerun untuk menyaksikan persembahan.
Persembahan ditutup dengan acara tari sembah tutup gelanggang oleh semua ahli yang terlibat. Sebagai salah satu daripada badan kokurikulum sekolah, pihak SPSGP juga turut mengadakan satu pameran senjata dan beladiri, Pameran senjata tersebut merupakan koleksi senjata yang dihimpunkan oleh Guru Utama Pak guru Hashim Ahmad. Hampir 200 bilah senjata dipamerkan di antaranya keris,parang,golok,sundang,badik,tombak, dan banyak lagi.
sebahagian lagi keris di sudut yang lain
Set Gendang Silat
Demonstrasi Keris berdiri
Monday, June 29, 2009
Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009
Pada 22-27 Jun 2009 yang lalu, sekali lagi komuniti silat Pulau Pinang berhimpun dan berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang terletak di Simpang Ampat Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Perhimpunan kali ini adalah bersempena kejohanan silat Sekolah-sekolah Seluruh Pulau Pinang, Kejohanan yang berlangsung hampir seminggu itu dibahagikan kepada 2 acara iaitu Silat Olahraga (Tanding) dan Silat Seni. Kejohanan juga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.
Bagi silat olahraga pertandingan dibahagikan mengikut kelas berat. 6 kelas dipertandingkan iaitu Putera A, Putera B, Putera C, Puteri A, Puteri B & Puteri C. Bagi silat Seni antara acara yang dipertandingkan ialah Tari Silat, Tempur Silat. Seperti tahun-tahun sebelumnya kejohanan kali ini dianjurkan dengan kerjasama PESAKA Pulau Pinang & JPN Pulau Pinang.
Kejohanan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Tari adab buka gelanggang oleh Wasit/guru bertugas.
Bagi kategori Silat Seni SPSGP hanya menyertai tempur Silat putera (Sek. Men.) Tempur silat Putera & puteri (sek. Ren), disebabkan kesuntukan masa penyertaan kali ini lebih kepada pendedahan dan pengalaman kepada ahli. Sesetengah sekolah telah menjalani latihan lebih daripada 2 bulan.
- menewaskan SMK Westland (Saringan 1) kiraan mata 5-0,
- menewaskan SMK Widuri (Suku akhir) kiraan mata 3-2,
- menewaskan SMT Balik Pulau (Separuh Akhir) TKO pusingan 2
- menewaskan SMK Pokok Sena (Akhir) kiraan mata 4-1.
Walaubagaimanapun kemenangan ini akan menjadi kenangan yang indah untuk Zulhilmi bin Jaafar (Johan Putera Kelas A Silat olahraga) apabila segala penat lelah kerana terpaksa bekerja keras menurunkan berat badan sebanyak 2kg ketika pagi pendaftaran akhirnya berbaloi.. Pesilat dari SPSGP ini akan mewakili Pulau Pinang untuk pertandingan peringkat Kebangsaan pada bulan ogos 2009 di Kuala Lumpur.
Majlis Penyampaian hadiah & Perasmian penutup pertandingan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebelum upacara penutup hadirin disajikan dengan persembahan tarian dari pelajar sekolah Mutiara Impian, Demo dari Silat Pusaka Gayong Malaysia dan acara tutup gelanggang oleh Wasit/guru bertugas
Bagi pihak perguruan kami mengucapkan syabas kepada semua pesilat yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang kejohanan, kepada ahli-ahli dan penyokong SPSGP jutaan terima kasih kami ucapakan dan kepada pihak penganjur terima kasih dan pohon kemaafan sekiranya terlanjur kata...semoga jumpa lagi di tahun hadapan.
Thursday, April 30, 2009
Demo di Padang awam Kongsi Balik Pulau
menerima arahan akhir sebelum membuat persembahan
buka gelanggang oleh cikgu Fazli
gerakan asas tumbuk setempat
Kaedah buah jatuh 1
Kaeadah buah jatuh 2
Tempur bebas berpasangan
demo selengan dari gelanggang utama
Demo kuncian tekpi 1
demo kuncian tekpi 2
demo kuncian tekpi 3
Taekwondo ITF
Wednesday, April 29, 2009
Majlis ijazah April 2009
menyediakan bahan dan bekas sireh pelajar baru
ahli SPSGP baru menunggu untuk dijazahkan
bacaan doa selepas tamat upacara
Sedikit jamuan ringan
Pihak SPSGP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini. terima kasih.....

