Friday, May 27, 2011

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011

Pada 24 & 25 Mei 2011 bertempat di Dewan Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, komuniti silat Pulau Pinang sekali lagi berhimpun untuk menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pertandingan yang dijalankan itu di anjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan PESAKA negeri Pulau Pinang. Juara Keseluruhan untuk kategori sekolah menengah adalah Sekolah Menegah Guar Perahu, dibawah pimpinan Cikgu Elias, manakala bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh sekolah Kebagsaan Balik Pulau. Walaupun kejohanan ini di maklumkan dalam waktu yang singkat, hampir 20 buah sekolah menyertainya. Juara dari kejohanan ini akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di Sarawak. Hanya kategori Silat seni sahaja yang dipertandingkan untuk kejohanan kali ini.


Dewan Pertandingan Kejohanan

Barisan Juri dan Penganjur Kejohanan


SK Kongsi Johan Seni Tari Putera & Naib Johan Tari Tempur Putera sekolah Rendah


Arief Bakri akan mewakili Pulau Pinang didalam Seni Tari Putera


Trofi kejohanan


SMK Teluk Kumbar 2 & SK Kongsi


SK Balik Pulau Juara keseluruhan sekolah Rendah


Tari buka gelanggang dari Juri bertugas


Tari tutup gelanggang dari guru utama Silat Melayu Asli




menanti giliran persembahan

persembahan penutup SMK Guar Perahu dari Seni Gayong Malaysia


Johan Seni Tari Putera Sekolah rendah




SMK Teluk Kumbar tempat ketiga jurus wajib lelaki

Saturday, April 9, 2011

Ijazah April 2011

Pada malam 8 April 2011 satu lagi majlis penerimaan ahli baru telah diadakan dirumah guru utama.
Pada malam tersebut juga ahli diberi peluang melihat koleksi keris Pak Guru Hashim Ahmad.


Sebahagian ahli baru memulakan latihan sebaik sahaja selesai majlis ijazah.

Tuesday, March 15, 2011

Diana & Helmi





Pada 12 Mac 2011 telah berlangsungnya perkahwinan di antara Saudara Helmi & Isterinya Diana, dengan berbesar hati SPSGP telah mengadakan persembahan silat pengantin kepada kedua-dua mempelai. Persembahan di tarikan oleh dua gurulatih muda SPSGP iaitu guru muda Redza & guru muda Safarul.



Thursday, March 3, 2011

Gotong-royong & Ijazah Januari 2011

Pada 29 Januari 2011 yang lalu satu majlis gotong royong membersih dan membaik pulih gelanggang telah diadakan.Terima kasih diucapkan kepada semua ahli SPSGP yang hadir.

membetulkan pagar gelanggang antara yang dilakukan pada hari tersebut

Pada sebelah malamnya pula satu majlis pengambilan ahli baru telah diadakan, majlis ini lebih kepada pengijazahan ahli baru SPSGP dari gelanggang SPSGP Kg. Masjid.

sebahagian ahli selepas selesai majlis.

Latihan SMKTK2

Latihan silat di SMKTK2 telah berjalan seperti biasa setiap Sabtu jam 8pagi-10pagi. Terdapat pertambahan ahli baru dikalangan pelajar perempuan, Dengan bantuan Cikgu Noor Amalia sebagai guru penasihat yang baru, diharap SPSGP SMKTK2 akan suksess untuk tahun 2011.

Kakak senior SPSGP bersama ahli baru

Sebahagian ahli yang hadir mendengar taklimat dari guru bertugas

Saturday, February 26, 2011

Malaysia vs Turki

Pada 29 Jan 2011 SPSGP telah dijemput untuk menyerikan lagi sambutan Raja Sehari di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas. Perkahwinan diantara seorang Puteri dari Malaysia dan seorang Putera dari Turki. Persembahan hari tersebut turut juga diiringi oleh Gendang Silat Gayung Patani diketuai oleh Pak Mail Gendang dari Sik, Kedah.


Pasangan raja sehari



Sembah Pengantin oleh Pesilat Gayung Penggerak



Persembahan ahli SPSGP


Ahli Gendang Silat Gayung Patani


Ahli SPSGP bergambar kenangan

Sunday, January 16, 2011

SPSGP 2011


Sedar atau tidak seperti baru semalam kita masih di tahun 2010, tapi kenyataannya sudah 1 bulan kita di 2011. Apapun perjalanan hidup tetap terus berlalu tanpa hentinya. Latihan Silat Gayung Penggerak tetap diteruskan seperti biasa.

SPSGP Gelanggang Utama
Selepas aksi demo majlis perkahwinan di Tabung Haji pada 29 Jan lepas pesilat akan menyambung latihan mingguan seperti biasa.

SPSGP SK Kongsi
Pada jumaat yang lalu satu perjumpaan ringkas diantara pihak sekolah dan pihak SPSGP telah diadakan. Antara yang dibincangkan adalah mengenai perkembangan persatuan Silat SPSGP SKK sepanjang sesi 2010. Sedikit tambahan dan teguran telah diberikan oleh Guru Besar untuk melancarkan lagi perjalanan kelas silat di SKK. apapun semua latihan silat di SKK akan disambung selepas cuti Tahun Baru Cina.

SPSGP SMKTK2
Pemilihan pelajar baru untuk kokurikulum 2011 telah berlangsung minggu lepas dan ahli baru akan memulakan latihan sebaik sahaja sekolah bermula minggu hadapan.

SPSGP Gelanggang Kg. Masjid
Syukur Alhamdulillah selepas beberapa tahun bergerak secara pasif tahun ini gelanggang dibawah seliaan Guru Ramly di aktifkan kembali. Penerimaan ahli baru juga menggalakan.

Selain dari itu beberapa program telah di rancangkan tahun ini untuk memajukan lagi pesilat dan SPSGP.

Friday, October 29, 2010

Latihan Terakhir SKKongsi 2010


Minggu ni minggu terakhir untuk sesi kokurikulum di SKKongsi. Selain silat, Taekwondo juga membuat perjumpaan terakhir mereka. Pada minggu lepas satu ujian kemahiran telah diadakan dan minggu ini disampaikan sijil hasil ujian yang mereka lalui. Bagi pesilat tahun terakhir di SKKongsi, pihak perguruan berharap mereka dapat meneruskan cabaran hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang. Semoga semuanya suksess selalu...

Saturday, October 23, 2010

Sijil Penyertaan Pencak Warisan

Pada minggu ini satu majlis ringkas penyampaian sijil penyertaan Hari Pencak Warisan telah diadakan. majlis dijalankan sebagai penghargaan kepada ahli yang terlibat didalam menjayakan Hari Pencak Warisan. Gelanggang SMKTK2 telah mengadakan majlis ini di sekolah, dan sijil disampaikan oleh Pengetua SMKTK2 ketika waktu perhimpunan. Manakala bagi ahli SPSGP Gelanggang Utama pula sijil disampaikan oleh Pak Guru Hashim, untuk ahli SPSGP gelanggang SK Kongsi pula, sijil disampaikan oleh Cikgu Fazli. Sijil Penyertaan tersebut adalah sumbangan Kementerian Belia dan Sukan, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Sebahagian Ahli SPSGP gelanggang utama bersama sijil masing-masing

Ahli SPSGP SK Kongsi bergambar bersama sijil masing-masing

Saturday, October 16, 2010

Ujian

Untuk makluman anak-anak Gayung Penggerak satu ujian asas silat dan kemahiran silat akan diadakan di gelanggang utama pada 22 oktober jumaat jam 9.00mlm. manakala untuk gelanggang Kongsi Balik Pulau ujian akan dijalankan pada 21 oktober khamis jam 4.30ptg. pada hari yang dinyatakan juga majlis penyampaian sijil penyertaan Hari Pencak Warisan akan diadakan. Semua ahli diwajibkan hadir.

Tuesday, August 10, 2010

Hari Pencak Warisan

Alhamdulillah, apa yang dirancang hampir 2 bulan dapat berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat sedikit cacat-cela penganjuran kami yakin ianya akan dapat diatasi untuk penganjuran akan datang. Maklumlah kekurangan pengalaman dalam penganjuran dan merupakan anjuran pertama pihak SPSGP. Jutaan Terima Kasih kepada Perguruan-perguruan yang hadir memeriahkan majlis seperti Silat Pusaka Gayong, Silat Cekak Malaysia & Laksmana Laut. Sedikit rasa sedih kerana 3 perguruan menarik diri di saat-saat akhir. Sekiranya dimaklumkan awal mungkin pihak kami boleh menjemput perguruan-perguruan lain sebagai ganti. Apapun mungkin mereka ada hal yang lebih penting untuk diselesaikan pada hari tersebut.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan tajaan untuk melancarkan perjalanan majlis. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Rukun tetangga Teluk Kumbar(RKT) , Pertubuhan Belia 4B Teluk Kumbar, En. Zulfikar (Pegawai Kementerian Belia & Sukan) Daerah Barat Daya. Pertubuhan Peribumi PERKASA Barat Daya, Ahli-ahli Gayung Penggerak, Orang-perseorangan dan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Guru Utama diiring masuk

Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan perarakan masuk Guru Utama Pak Guru Hashim bin Ahmad masuk ke gelanggang persembahan untuk berjumpa dengan semua anak-anak Gayung Penggerak. Acara perarakan yang dilakukan penuh dengan adat istiadat melayu, Guru Utama diarak dengan diiringi ahli-ahli peringkat mahir. Manakala Bunga manggar, Sireh junjung beserta tepak sirih di bawa oleh puteri-puteri Gayung Penggerak. Turut dibawa bersama didalam perarakan tersebut keris adat perguruan iaitu Keris "Gerak Gayungan Sakti". Selepas selesai, Pak Guru Hashim menanti Ketibaan para VIP majlis.

Ketibaan para Jemputan

Tepat Jam 2.30 Petang para Jemputan kehormat tiba iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Md Isa, Pengerusi KRT, Saudara Shahidan Pengerusi Peribumi PERKASA Barat Daya, Penghulu Idris, Pengerusi Belia Daerah, dan jemputan-jemputan pengiring. Sebelum memasuki kawasan Persembahan Pengerusi Peribumi PERKASA di kalungkan selempang Kehornat Gayung Penggerak oleh Guru Utama, manakala Guru Ramli mengalungkan selempang kehormat perguruan kepada Pengerusi KRT Teluk Kumbar. Para jemputan diirngi ke tempat VIP diiringi paluan gendang silat.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Marzuki , Ketua Guru Penasihat SPSGP gelanggang SMKTK2.

Bacaan Doa oleh Ustaz Marzuki

Pembuka bicara pada hari tersebut adalah ucapan dari Tuan Haji Suhaimi Pengerusi KRT Teluk Kumbar. Beliau memperkatakan mengenai peranan Silat Gayung Penggerak sebagai ikon Teluk Kumbar di dalam memperkenalkan Teluk Kumbar di mata dunia. belau juga mengucapkan tahniah di atas survival dan penerus warisan hampir 40 tahun yang dilakukan oleh Gayung Penggerak.

Ucapan dari Pengerusi KRT

Selepas ucapan tersebut di ikuti pula ucapan yang membangkitkan semangat pesilat oleh Pengerusi Peribumi PERKASA Saudara Shahidan. Didalam ucapannya ia menyentuh kepentingan menjaga warisan melayu dan peranan silat dalam membentuk jatidiri bangsa. Selesai ucapan beliau diberi tepukan gemuruh dari tamu yang hadir.Untuk perasmian majlis beliau mengetuk gong sebanyak 3 kali sebagai tanda bermulanya Hari Pencak Warisan 2010

Ucapan dari Presiden Peribumi PERKASA

Majlis dimulakan dengan acara buka gelanggang oleh Guru Ramli, Pemegang amanah 1 perguruan.
Tari Sembah Buka Gelanggang oleh Guru Ramli

Persembahan diikuti tari sembah oleh anak-anak Gayung Penggerak. Selain dari gerakan asas SPSGP juga menunjukan kemahiran didalam tempur senjata, Senjata-senjata teras yang membentuk logo SPSGP dimainkan oleh pesilat-pesilat SPSGP iaitu rotan panjang, keris, parang dan juga tekpi. sebelum persembahan tekpi oleh pesilat SPSGP, tari tekpi dipersembahkan oleh Cikgu Fazli, beliau juga memimpin SPSGP untuk persembahan hari tersebut. Persembahan dari SPSGP di persembahkan dari 3 gelanggang SPSGP. (Gelanggang Utama, Gelanggang SMKTK2 dan Gelanggang SKKongsi)

Gerak Asas Tari Gayung Pengerak

Aksi Rotan Panjang

Tari Tekpi dari Cikgu Fazli

Selesai persembahan dari SPSGP, persembahan diteruskan oleh Pusaka Gayong Pulau Pinang dibawah pimpinan Cikgu Helmi, pesilat dari Pusaka Gayong pada hari tersebut terdiri dari wakil beberapa gelanggang di Seberang Perai dan juga dari sebelah pulau. Persembahan dimulakan dari tari sembah, asas tapak, tempur keris, tempur parang dan diakhiri dengan lompatan.

Barisan Pendekar dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

Persembahan mantap dari Pusaka Gayong Pulau Pinang

Persembahan seterusnya diambil alih oleh Seni Silat Cekak Malaysia. kumpulan demo ini juga merupakan gabungan dari dua kelas latihan iaitu kelas Taman Brown, Gelugor dan kelas Kg. Perlis, Balik Pulau. antara tetamu kehormat dari Cekak Malaysia pada hari tersebut ialah Abang John, orang lama PSSCM Pulau Pinang. Gerakan yang mantap dan kuncian yang kemas dari PSSCM memperlihatkan kecantikan seni silat melayu.

Pesilat dari PSSCM Pulau Pinang

Gerakan kemas dari Cekak Malaysia

Persembahan terakhir pada hari tersebut adalah dari jiran terdekat SPSGP iaitu Silat Laksamana Laut. Persembahan dari 20 anak muda ini dimulakan dengan tari sembah perguruan diikuti tempur beramai-ramai. demo yang menyamai tempur di dalam peperangan filem melayu zaman Studio Jalan Ampas menarik perhatian penonton.

Aksi dari Laksamana Laut

Selesai persembahan silat wakil perguruan di hadiahkan Sijil Penghargaan dan cenderahati, turut disampaikan sijil penyertaan kepada pesilat-pesilat yang terlibat.

Sepanjang perjalanan majlis, alunan irama gendang silat dari Kumpulan Gendang Silat Gayung Patani dari Sik, Kedah menyerikan majlis, persembahan diketuai oleh Pak Mail Gendang.

Tari Sembah tutup gelanggang disempurnakan oleh Cikgu Hafiz

Guru Utama menerima cenderahati dari Guru Ramli mewakili anak-anak Gayung Penggerak

Penyampaian Sijil kepada Guru/wakil perguruan

Sebahagian Ahli SPSGP selepas selesai majlis

Gurulatih Gayung Penggerak bergambar kenangan