Monday, June 29, 2009

Pertandingan Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009



Pada 22-27 Jun 2009 yang lalu, sekali lagi komuniti silat Pulau Pinang berhimpun dan berkampung di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang terletak di Simpang Ampat Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Perhimpunan kali ini adalah bersempena kejohanan silat Sekolah-sekolah Seluruh Pulau Pinang, Kejohanan yang berlangsung hampir seminggu itu dibahagikan kepada 2 acara iaitu Silat Olahraga (Tanding) dan Silat Seni. Kejohanan juga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Sekolah Rendah & Sekolah Menengah.

Bagi silat olahraga pertandingan dibahagikan mengikut kelas berat. 6 kelas dipertandingkan iaitu Putera A, Putera B, Putera C, Puteri A, Puteri B & Puteri C. Bagi silat Seni antara acara yang dipertandingkan ialah Tari Silat, Tempur Silat. Seperti tahun-tahun sebelumnya kejohanan kali ini dianjurkan dengan kerjasama PESAKA Pulau Pinang & JPN Pulau Pinang.

Kejohanan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Tari adab buka gelanggang oleh Wasit/guru bertugas.

Buka gelanggang dari guru bertugas


Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak (SPSGP)



Tahun ini merupakan kemunculan sulung SPSGP di dalam pertandingan silat-silat sekolah, Pasukan SPSGP disertai oleh ahli dari Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau (SKKBP) untuk kategori sekolah Rendah dan ahli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar2 (SMKTK2) untuk kategori Sekolah menengah. Walaupun kedua-dua sekolah tersebut lewat menerima jemputan untuk pertandingan (pihak perguruan hanya dimaklumkan 5 hari sebelum pertandingan) pihak perguruan cuba sedaya upaya mempersiapkan pesilat yang dapat memberi tentangan kepada peserta-peserta lain.

Aksi Silat Tempur Putera SPSGP dari SMKTK2

Bagi kategori Silat Seni SPSGP hanya menyertai tempur Silat putera (Sek. Men.) Tempur silat Putera & puteri (sek. Ren), disebabkan kesuntukan masa penyertaan kali ini lebih kepada pendedahan dan pengalaman kepada ahli. Sesetengah sekolah telah menjalani latihan lebih daripada 2 bulan.


Pesilat SPSGP bersedia untuk perlawanan pertama

Bagi kategori silat olahraga untuk tahun ini SPSGP menyertai 4 daripada 6 kategori yang dipertandingkan. Kelas kategori yang disertai adalah Putera A&B dan Puteri B&C. Apapun ianya merupakan permulaan yang baik untuk SPSGP bagi silat olahraga apabila Kelas Putera B layak ke saringan kedua dan kedua-dua pesilat wanita berjaya ke suku akhir. Namun apa yang paling mengembirakan pihak SPSGP apabila berjaya melahirkan seorang Juara dalam kategori Putera A . Perjalanan ahli SPSGP menjadi Johan ini setelah:-
  • menewaskan SMK Westland (Saringan 1) kiraan mata 5-0,
  • menewaskan SMK Widuri (Suku akhir) kiraan mata 3-2,
  • menewaskan SMT Balik Pulau (Separuh Akhir) TKO pusingan 2
  • menewaskan SMK Pokok Sena (Akhir) kiraan mata 4-1.

Walaubagaimanapun kemenangan ini akan menjadi kenangan yang indah untuk Zulhilmi bin Jaafar (Johan Putera Kelas A Silat olahraga) apabila segala penat lelah kerana terpaksa bekerja keras menurunkan berat badan sebanyak 2kg ketika pagi pendaftaran akhirnya berbaloi.. Pesilat dari SPSGP ini akan mewakili Pulau Pinang untuk pertandingan peringkat Kebangsaan pada bulan ogos 2009 di Kuala Lumpur.


Johan Kelas Putera A

Majlis Penyampaian hadiah & Perasmian penutup pertandingan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebelum upacara penutup hadirin disajikan dengan persembahan tarian dari pelajar sekolah Mutiara Impian, Demo dari Silat Pusaka Gayong Malaysia dan acara tutup gelanggang oleh Wasit/guru bertugas


Pak Guru Hashim Ahmad bersama Zulhilmi Jaafar

Bagi pihak perguruan kami mengucapkan syabas kepada semua pesilat yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang kejohanan, kepada ahli-ahli dan penyokong SPSGP jutaan terima kasih kami ucapakan dan kepada pihak penganjur terima kasih dan pohon kemaafan sekiranya terlanjur kata...semoga jumpa lagi di tahun hadapan.

Thursday, April 30, 2009

Demo di Padang awam Kongsi Balik Pulau

Pada Sabtu 25 April pihak SPSGP telah diberi tugasan oleh pihak sekolah untuk membuat persembahan silat bersempena Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kongsi. Persembahan dilakukan pada waktu rehat pada hari tersebut, pada hari tersebut juga Persatuan Taekwondo ITF sekolah turut diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Persembahan Taekwondo diadakan selepas tamat demo silat. Persembahan hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang ensiden dari kedua-dua persatuan. Semoga persatuan beladiri terus mendapat sokongan dari pihak pelajar dan pihak sekolah.

menerima arahan akhir sebelum membuat persembahan

buka gelanggang oleh cikgu Fazli

gerakan asas tumbuk setempat Kaedah buah jatuh 1

Kaeadah buah jatuh 2

Tempur bebas berpasangan

demo selengan dari gelanggang utama

Demo kuncian tekpi 1

demo kuncian tekpi 2

demo kuncian tekpi 3


Taekwondo ITF

Asas tumbuk taekwondo

SPSGP Gelanggang Kongsi

Wednesday, April 29, 2009

Majlis ijazah April 2009

Pada malam Jumaat 24 April yang lalu satu majlis ijazah ahli baru telah diadakan. Majlis tersebut telah diadakan di rumah guru utama. Majlis yang dijalankan mengikut adat perguruan itu telah mengijazahkan 15 orang ahli baru untuk bulan April tahun ini. Majlis turut disertai oleh Pak Ngah Ramli dan beberapa orang gurulatih. Tamat majlis sedikit jamuan makan di adakan..


Antara bahan yang digunakan sireh,pinang,kapur, gambir,limau purut & sintuk

menyediakan bahan dan bekas sireh pelajar baru

ahli SPSGP baru menunggu untuk dijazahkan

diijazahkan oleh gurulatih

bacaan doa selepas tamat upacara

Sedikit jamuan ringan

Pihak SPSGP mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini. terima kasih.....

Monday, April 6, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa aktiviti SPSGP 2009

Pada malam sabtu 4/4/2009 satu mesyuarat telah dijalankan di dewan JKKKK Teluk Kumbar untuk membincangkan aktiviti perjalanan SPSGP sepanjang tahun 2009 untuk penglibatan semua ahli. Antara yang dicadangkan adalah khemah ibadah, Hari keluarga dan juga Hari Adat SPSGP 2009. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua AJK yang terlibat, turut meluangkan masa pada malam itu Guru Utama SPSGP.

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTK 2

Pada 4 April 2009 jam 8.00pagi - 11.30pagi, SMKTK2 telah menganjurkan sukan tahunan untuk tahun 2009,Pihak SPSGP telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan pada perasmian majlis tersebut. Persembahan dimulakan dengan bunga sembah dan diikuti persembahan dari pelajar SMKTK2. Persembahan selama 15 minint itu mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.

Persembahan gerak asas SPSGP

Persembahan Buah jatuh dan Kuncian

Persembahan tempur tangan kosong

Persembahan kuncian tekpi dari pelatih Gelanggang Utama


Sebahagian ahli yang terlibat didalam persembahan.

Friday, March 13, 2009

Selamat Pengantin Baru

11 Rabiul Awal 1430 bersamaan 8 Mac 2009 menjadi tarikh keramat dan bersejarah bagi Mohamad Azhari bin Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Ary dikalangan rakan-rakan seperguruan, Pada tarikh tersebut beliau telah melangsungkan perkahwinannya bersama gadis idaman hati yang bernama Nadiah binti Jamaludin. Majlis perkahwinan berlangsung di Permatang Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi pihak warga Gayung Penggerak di ucapkan kepada Ary & Nadiah, selamat pengantin baru semoga kekal abadi....

Thursday, March 5, 2009

Majlis Perdana Ijazah Ahli Baru 2009

Barisan pimpinan Silat Gayung Penggerak



Tanggal 1 Mac 2009, satu majlis beradat telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Seni Perguruan Silat Gayung Penggerak, pada tarikh tersebut sebuah majlis Perdana Pengijazahan Ahli Baru telah diadakan. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMKTK2 & JPN Pulau Pinang kerana membenarkan majlis tersebut dijalankan. Majlis yang dijalankan dengan penuh adat istiadat perguruan diadakan di Dewan Saujana SMKTK2. Majlis kali ini yang julung-julung kali diadakan, telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran pesilat-pesilat SPSGP dari setiap gelanggang perguruan.


Guru Utama bersalaman dengan ahli SPSGP


Antara pesilat-pesilat SPSGP yang hadir pada hari tersebut ialah pesilat dari Sek. Men. Keb. Teluk Kumbar 1, gelanggang Sek. Men. Keb. Teluk Kumbar2, Sek. Men. Keb. St.George Balik Pulau, Sekolah Kebangsaan Kongsi Balik Pulau dan pesilat dari Gelanggang Utama. Majlis dimulakan dengan ketibaan Guru Utama Pak Guru Hashim Ahmad. Di arak bersama keris adat perguruan ‘Keris Gayungan Gerak Sakti’. Pada pagi tersebut majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Marzuki, Ketua Guru penasihat SPSGP/SMKTK2. Kemudiannya diikuti oleh Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan Ucapan perasmian oleh Guru Utama. Tamat Ucapan dari Guru Utama, sesi penerangan mengenai SPSGP berkenaan sejarah dan adat ijazah ahli baru disampaikan oleh Cikgu Fazli. Selesai majlis penerangan, pesilat dari gelanggang utama mengambil tempat untuk persembahan demo silat.

Sebilangan ahli SPSGP yang hadir

Persembahan pada pagi itu dimulakan dengan tari buka gelanggang oleh Cikgu Fauzi, kemudiannya dikuti dengan persembahan Tari sembah silat pulut oleh Safarul dan Redza. Persembahan kemudiannya diteruskan lagi dengan Tari tempur oleh saudara Kamal berpasangan dengan Azrul. Berakhir persembahan tari silat, pesilat dari gelanggang utama menunjukkan pula kemahiran ketangkasan di dalam kaedah kayu selengan dan serang buah jatuh. Persembahan tempur Pisau dari pesilat senior Izhar dan Rahmat berjaya mendatangkan perasaan gerun dikalangan hadirin yang hadir. Tamat tempur Pisau dikuti pula tempur rotan panjang dan demo pada pagi tersebut diakhiri dengan demo tekpi oleh Cikgu Hafiz dan Cikgu Fauzi.

Persembahan Tari Sembah Silat Pulut


Selesai persembahan silat dari pesilat gelanggang utama majlis diteruskan dengan acara ijazah ahli baru. Setelah menerima amanah dari Guru Utama, amanah ijazah kemudiannya disampaikan oleh Cikgu Anuar , Pak Su Zul, Pak Ngah Ramli, Cikgu Hafiz, Cikgu Fauzi dan Cikgu Fazli. Selesai sesi ijazah semua pesilat yang hadir menjalankan gerak latihan asas secara beramai-ramai. Dan selepas tari sembah tutup gelanggang semua pesilat bergambar kenangan bersama guru utama. Tamat acara, pesilat dan hadirin yang hadir dijemput ke jamuan makan yang disediakan. Majlis yang bermula 8.00pagi itu tamat pada pukul 11.30pagi. Pihak perguruan mengucapkan jutaan Terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam menjayakan majlis tersebut.




Majlis ijazah oleh para gurulatih SPSGP


Persembahan pukulan buah jatuh



Gerak latihan asas beramai-ramai




Sebahagian ahli baru SPSGP 2009 bergambar kenangan bersama Guru Utama



Wednesday, February 4, 2009

Gelanggang Kongsi




Hari Rabu setiap minggu adalah antara hari yang ditunggu-tunggu oleh pesilat-pesilat SPSGP gelanggang Kongsi Balik Pulau. Latihan yang dimulakan pada pukul 5.00 ptg hingga 6.30 ptg itu disertai oleh 41 orang pelajar. Kelas latihan pula dibahagikan kepada 2 kelas, kelas pertama merupakan kelas asas untuk ahli baru dan kelas kedua adalah kelas mahir. SPSGP/SKKBP dinaungi oleh Guru Besar Sekolah dan Puan Azizah pula bertindak sebagai ketua panitia Kokurikulum Sekolah merangkap guru penasihat perguruan.



Latihan asas tapak siku

latihan tapak kekuda asas



Kelas mahir


Pesilat SPSGP yang telah tamat tapak asas akan diserap ke dalam peringkat Kelas mahir. Pada peringkat ini tapak,langkah,kuncian dan pukulan akan dilatih dengan lebih mendalam, penumpuan latihan akan difokuskan kepada kepantasan gerak, kekemasan kuncian dan ketepatan sasaran pukulan. Ahli kelas mahir SPSGP/SKKBP merupakan ahli yang telah mengikuti latihan semenjak Feb 2008 lagi.

Kaedah Jatuhan

Mencari sasaran pukulan

Kepantasan kuncian

Ketepatan Penyudah

Sunday, January 25, 2009

Gelanggang SMKTK 2

Bermula 17 January 2009 sebuah lagi gelanggang baru dibuka oleh SPSGP, gelanggang baru tersebut telah dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2. Pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan SPSGP menyampaikan ilmu beladiri ini kepada warga sekolah. Penaung SPSGP/smktk2 adalah Tuan Pengetua Pn. Hjh Rosni binti Ahmad. Manakala En. Mazuki bin Senafi dan Pn. Sharipatul Asilah binti Sulaiman dilantik sebagai guru penasihat. Jawatankuasa SPSGP/smktk2 terdiri daripada; Safarul (Pengerusi), Muhd Kamal (Naib Pengerusi), Norashikin (Setiausaha), Nadeera (Bendahari) dan lima orang AJK. Latihan dijalankan di dalam dewan Sekolah jam 8.00-10.00pagi setiap sabtu.

Pesilat SPSGP/smktk2 sedia untuk beraksi dalam latihan asas



Pesilat berehat sambil mendengar penerangan dari gurulatih



Bergambar kenangan bersama Guru Utama selepas tamat latihan

Saturday, January 24, 2009

website SPSGP

Pada 23 January yang lalu, satu lagi laman web telah dibangunkan untuk menerangkan mengenai Silat Gayung Penggerak. Website tersebut dibangunkan untuk perhimpunan komuniti silat, keahlian dibuka untuk register secara online dan dibuka kepada umum walaupun bukan terdiri daripada ahli Gayung Penggerak. walaubagaimanapun segala berita, aktiviti mingguan, tetap akan diupdate di blog ini, alamat website baru SPSGP adalah seperti tersebut

http://www.gayungpenggerak.webs.com/